Thursday, September 1, 2011

KEHIDUPAN DI SANA


Assalamualaikum...
 Apa khabar semua?? Hope ok2 je menjalani kahidupan didunia ini sebagai khalifahNYA..

Well, lame aku tak post kat blog nioh.. Almaklumla, dapat online memang jarang sekali la..
Nak share citer terbaru pon tak dapat.. So,kene la postpone citer-citer yang ade tu..

 La ni aku nak citer siket pasal kehidupan aku di sana
                                                  ------>

enjoy memang enjoy dok sini... Stress tu biase la kan.. Kalau tak pandai nak kawal, hurmmmmmm...xtw nak kate camne la kan..

Sepanjang aku kat sini, aku dah dapat pengalaman pergi ke Labour Room.. Kebetulan time tu ade dua orang ibu yang melahirkan.. Very excited la dok tengok orang bersalin ni.. Bukan senang nak tengok secara live camni... Sedikit kesedaran timbul saat tu.. Teringat pada umi yang dah melahirkan aku.. Betapa susah dan sukarnya proses melahirkan ni.. Silap-silap boleh melayang nyawa..

Then, next week g komuniti plak.. Kitorang pergi ke Klinik Kesihatan Lunas..
Timba sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman sepanjang 3 jam kitorang kat situ..

Rase dah dulu kot.. Takde mood rase nak citer panjang-panjang nih.. Ketandusan idea.. huhuhu..
Jumpe lagi dimasa akan datang..

Assalamualaikum...

p/s:: SAYANGI IBU ANDA

Friday, July 29, 2011

CHERITA AKU 2

Assalamualaikum semua..

Pejam celik pejam celik Ramadhan semakin menghampir.. Tiba-tiba rasa syahdu pulak sebab tak dapat sambut puasa bersama keluarga tersayang.. Aku yang jauh di utara, sedangkan yang tersayang jauh di selatan.. Sabar lah hati... ;(

Nak tau citer terbaru aku kat sini?? Jom2.. Tapi minta maaf la sebab buat masa ni aku tak dapat la nak publish picture aku.. Hehe..

So far kat sini ok2 je.. Makin lame makin ok.. Worh terbaru yang aku and batch aku kene buat sekarang ni ialah kitorang kene minta tandatangan semua senior and super senior.. AIYOOOO!!!! Dah la jumlah mereka agak ramai.. Lepas tu tak semua ada kat asrama ni. Ade yang g KK.. Aih.. Gane nih.. Xpo la. Cube je buat sekadar yang mampu. Kadang tu malas gak nak buat.. Huhuhuhu..

Mane taknye.. Malam-malam after roll call dok ketuk pintu bilik dorang.. Dorang pon malas nak layan kami.. Penat kan.. Tapi nak wat cmne.. Huhuhuhu..

Ok la.. Need to go now.. See u next time.. Muuahahaha.....:*

p/s :: la ni dok online kat Hotel Seri Malaysia Kulim.. Hehehe..

Saturday, July 23, 2011

Assalamualaikum semua.. Lama dah saya tak menjenguk blog kesayangan saya nih.. Dah berhabuk dah. Xde sape yang nk tolong bersihkan.. Sapa yang volunteer nak jaga blog saya?? Nanti saya bagi upah.. Heheheh..

Harini dah masuk hari ke-23 saya ada kat Kolej Jururawat Masyarakat Kulim, Kedah.. Macam-macam perkara saya dah lalui dalam masa yang singkat ni.. Aih..bese la. Kehidupan..

Dan dalam masa ni juga la nenek pergi meninggalkan kami semua setelah sekian lama sakit.. Redha dengan kepergiannya walaupun sedikit terkilan kerana tak sempat berjumpa sebelum saya pergi ke KJMK ni.. Moga-moga arwah ditempatjan dalam kalangan orang yang solehah.. Amin.. Al-fatihah untuk arwah..

Kat sini pun saya dah jumpe ramai kawan dari pelbagai negeri. Kelantan, terengganu, kedah, perak.. Macam-macam loghat saya belajar.. Hehehe.. 1Malaysia la katakan..

Belajar??? Hurm..seronok2.. Walaupun still dalam kedaan bengong tak bengong belajar, semuanya still ok.. Kene study hard cket.. A& Kebidanan memang best.. Huhu..

Ni la sedikit sebanyak saya di KJMK, Kedah ni..

Semoga jumpa lagi di lain episode..

^_^v..chill

Thursday, June 30, 2011

HARI TERAKHIR BERSAMA KELUARGA

Hari-hari terakhir yang aku habiskan bersama keluarga harini.. huhuhuh..
Ape yang aku buat??
hurm..ape lagi.. Bermanja-manja dengan umi tersayang la.. hehehe..
Makan bersuap tu.. jeles tak..jeles tak..
jangan jeles-jeles na..
tak elok.. :p..

Malam ni kuar sat p bandar..
Aih..ape ni.. Kedah + Johor lak ni.. ha.. ni belum campur Nogori nih... hehehe...

Ape yang bakal berlaku esok???
Sekarang ni aku dah rasa berdebar-debar dah ni..
Seram +sejuk (yela ade air-cond nih) + sedih + dll..
macam-macam rasa ada..
Elak aku nangis je esok.. hehehe..

Pesanan penaja:: Jangan nangis ea..

takdo pic aku and family coz x bwak cable usb.. huhu..
Now, we at Hotel Sri Malaysia Kulim, Kedah..

Wednesday, June 29, 2011

PERGI TINGGALKAN RUMAH

Hari terakhir aku di bumi Johor nih.. adeehh.. Terasa sedih la pulak nak tinggalkan semua yang ada kat sini..
Keluarga, bilik tidur aku yang comel ni, kucing aku yang manje-manje belaka, buah hati kesayangan (ahaks...ade juga tu) dan juga kawan-kawan aku yang ada kat sini..

Elok sangat la sebab Si Dia ke Johor aku pula ke Utara nu.. Sebelum ni, aku di Johor, Si Dia di Perak..
Sekarang, kami bertukar tempat pulak.. hehehe..

Aku merantau meninggalkan bumi Johor menuju ke bumi Kedah.. Mengutip sedikit ilmu yang ada di bumi Kedah untuk berbakti pada rakyat masyarakat kelak.. waaaahh.. macam nak jadi PM la pulak ye.. hehehe..

 Ape-ape pon, aku harap kan doa dari korang-korang semua.. Ok..
Sayang korang la.. hehehe..^_^..

List + Pic ape yang aku tinggalkan::

<----- Family tersayang

 
        <------ Kucing ku

yang lain tu biarlah di hati... hehehehe...
 pesanan penaja:: jaga dir  elok-elok kat tempat orang. jangan nakal-nakal, jangan main mata.. ^_^

Sunday, June 26, 2011

" Free Earphone...Lagi.."

Aku sesaje je blogwalking pagi tadi.. Lepas masak je aku terus sambung meninjau blog-blog para blogger..
Dahsyat-dahsyat blog dorang ni ye.. huhuhu..
Then, secare tak sengaje aku singgah la di SaySay's Bloggie ni... First entri dia tadi pasal "Free Earphone..Lagi.."..
Then, aku cube-cube menjoinkan diri ake dalam contest nih.
Ok la, jangan banyak celoteh sangat la an. Entri aku kali bawak korang g ke sane.. Jom...

 

Comelkan earphone ni?? Kalau korang nak, korang klik pic diatas ni okeyh..
Nanti pic ni akan bawa korang ke tuan empunya blog.. hehe..
chill... ^_^.. 

JAWATAN KOSONG :: SYARAT TEMUDUGA TERTUTUP



Anda masih tercari-cari pekerjaan untuk kehidupan anda pada masa akan datang??
Di sini ada beberapa kekosongan jawatan untuk anda isi..

IKLAN JAWATAN KOSONG

Orang ramai akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian..
KEKOSONGAN JAWATAN
a) Ahli syurga dari awal
b) Ahli neraka awal
c) Ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga..


4 GANJARAN LUMAYAN ( KHAS UNTUK JAWATAN )
1. nikmat kubur
2. perlindungan di padang masyar
3. keselamatan meniti titian sirat
4. syurga yang kekal abadi..


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur ( alam barzakh..)


KELAYAKAN:
1. Anda tak perlu bawa sijil-sijil
2. anda tak perlu bawa pingat
3. anda tak perlu bawa wang 2@ harta yang banyak
4. anda tak perlu berupa paras cantik, kacak, berbadab tegap dan seksi
5. sila bawa dokumen asal (iman dan amal)

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR:
1. siapa tuhan anda?
2. apa agama anda?
3. siapa nabi anda?
4. apa kitab anda ?
5.dimana kiblat anda?
6.siapa saudara anda ?

CARA MEMOHON:
- anda cuma perlu menunggu pejemput yang berkaliber menjemput anda pada bila-bila sahaja (mungkin sekejap lagi). ia akan berlembut dan bengis kepada orang tertentu . ia diberi nama Izrail..

TALIAN SAMBUNGAN:
- 24434

Pesanan Penganjur :: as solah..

Tuesday, June 21, 2011

DALAM ANGAN ADA CITA.. DALAM IMPI BUKAN SEKADAR MIMPI


Assalamualaikum.. Lama dah tak meng'update' cerite terbaru kat blog nih.. Cuaca yang panas menyebabkan aku juga kekontangan idea untuk menulis. Sayang aku selalu tanye, "ade citer baru tak?". hohoho.. Memang takde citer-citer baru nih..


Entry kali ni aku nak share pasal ANGAN changed to CITA-CITA will come truth...
Semua orang ade angan-angan kan.. Siape takde angan-angan tu, sila angakat tangan macam saya.. hahaha... Tak payah diikut sangat, lembut tangan korang nanti.. 

Dulu, mase kecik-kecik, aku berangan nak jadi pramugari.. Ahaks. Bese la dak kecik. Ape tau kan.. Tau nye best dapat naik kapal terbang free.. hehehe... Tapi, angan yang sstu ni aku tak simpan untuk dijadikan cita-cita yang aku nak realisasikan..

Bila dah besar, aku berangan dan bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik bangsa.. Hurm..tapi cita-cita ni bukan tak nak realisasikan, tapi aku tak dapat tawaran temuduga untuk kos pendidikan.. hehehe.. Takde rezeki kot nak jadi pendidik bangsa.. Takpe, aku ade peluang untuk jadi pendidik kepada bakal anak-anak aku nanti.. haha.. Ni pun salah satu angan-angan aku yang bakal aku realisasikan.. InsyaALLAH..

Sekarang, aku dah pasang angan-angan untuk buka sebuah restoran.. huii.. Besaq angan-angan na.. Tak salah memasang impian kerana ianya akan memberi kita semangat untuk membuatkan impian kita jadi nyata.. Actually, angan-angan kali ni untuk mase depan aku. Kire side income + family buiseness la. So, aku harap korang-korang yang kat luar sana tu boleh tolong doakan aku semoga impian aku ni tercapai.. ^_^..

Kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segalanya.
Usaha + Doa + Tawakal + Redha = InsyaALLAH dimakbulkan oleh ALLAH..

Tapi, jangan kerana apa yang kita nak tidak dapat kita capai, kita mengabaikan apa yang kita dah ada..

p/s:: ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tuesday, June 7, 2011

SEDIKIT PANDUAN KHUSYU DALAM SHALAT

SEDIKIT PANDUAN KHUSYU DALAM SHALAT
oleh Zubair IbnuAwwam As-Sabah pada pada 07hb Jun 2011 pukul 3.08 pagi
Nota anda telah dibuat.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABORAKATUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

Sahabatku sekalian yang di Rahmati Allah
Sebagaimana post lepas yang membahas tentang pentingnya Shalat,tentang hukum orang yang tidak Shalat dan kesalahan kesalahan dalam shalat,,adapun sekarang ini yaitu menerang serba sikit ttg shalat yg di terima yaitu SHALAT DENGAN CARA KHUSYU.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
"beruntunglah orang-orang yang beriman yaitu orang-orang yang khusyu dalam Shalatnya" (Al-Mu'minuun 1-2)

KHUSYU adalah :Terpusatnya seluruh perhatian, pikiran & hati, menhadap Allah dan beribadah semata mata karena ALLAH SWT.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil pada segala perkara, dan menyuruh supaya kamu hadapkan muka dan hati kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu semata-mata kepadaNya). (Al-A'raaf 7:29)

KHUSYU DALAM SHALAT;
Dapat juga diartikan merasakan kehadiran Allah SWT dihadapan kita dan hanya mengingati Allah semata-mata.menghadirkan diri di hadapan Allah seolah2 melihat Allah,paling tidak Allah melihat kita,dan berpikiran shalat dilakukan adalah shalat yg terakhir.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Bersolatlah sebagai sholat terakhir (perpisahan) seolah-olah anda nampak Allah"
(HR.Ibnu An-Najjar:Hassan)

Dari pada Abu hurairah RA
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Sekiranya khusyu hati dan jiwa orang ini tentu khusyu segala anggota badannya...
Tunduk dan tawaddu serta tenang hatinya dan segala Anggotanya menghadap Allah
(Diriwayatkan oleh Al hakiim,AT -Tarmizi )

Adapun menurut Dato Dr Harondin beliau membagi 9 konsep khusyu dalam shalat
bersesuaian dengan Firman Allah dan hadits- hadits Rasulullah diatas.

9 KONSEP UNTUK DAPAT MENCAPAI KHUSYU DALAM SHALAT

1.KHUDUD ialah menghadirkan diri dihadapan ALLAH dengan Ikhlas

2.WUKUF ialah berdiri di hadapan ALLAH tunduk dan tawadhu

3.MUWAJAHAH Ialah berhadapan dengan ALLAH SWT.

4.IKHTIRAF : ialah merasakan sebagai umat terawal

5.MURAQABAH :Ialah periksa antara ucapan dan perbuatan diperbetulkan oleh hati

6.MUHASABAH :Ialah Perbetulkan segala kekurangan diakhiri 2 sujud sahwi

7.MUNAJAH : Ialah berbicara lansung dengan ALLAH

8.MUSYAHADAH Ialah merasai kewujudan ALLAH di hadapan kita

9.MUSALAMAH :Ialah menyerahkan diri kepada ALLAH atas segalanya ttg shalat kita

Di Bawah ini ada beberapa contoh Sahabat tentang khusyu dalam shalatnya

Ali bin abi Thalib r.a. jika tiba waktu solatnya gementar persendiannya dan berubah mukanya (warnanya) dan ketika ditanya tentang itu, jawabnya: ‘ Tiba waktu amanat yang ditawarkan oleh Allah kepada langit, bumi dan bukit dan semuanya menolak kerana khuatir daripadanya tetapi ditanggung oleh manusia dan saya tidak mengetahui apakah saya akan dapat menunaikan sebaik-baiknya atau tidak’

Dan diriwayatkan bahwa Sayyidina Ali RA terkena panah tertusuk dlm di tubuhnya beliau kesakitan,tapi ketika Sahabat lain mau mencabutnya, beliau keberatan krn terlalu sakit. Bliau lalu minta izin sahabat lain untuk shalat sunah 2 raka'at. Ketika sdg shalat itulah panahnya dicabut oleh sahabat lain, tanpa beliau merasakannya...Subhanallah...begitulah khusyunya Ali dlm melakukan Shalat mari kita sama2 berusaha Amalkan Insya Allah..

Muslim bin Yasar berkata kepada keluarganya : Jika aku dalam sholat, maka kamu boleh berbicara kerana aku tidak mendengar bicaramu. ini menunjukkan betapa khusyunya sholat yang dilakukan oleh Muslim bin Yasar.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Sesungguhnya adakalanya dua orang sama-sama berdiri solat, yang tidak berbeza rukuk’ dan sujud keduanya. Sedang perbezaan antara kedua solat itu bagaikan jauhnya perbezaan langit dan bumi. Yakni perbezaan kusyuk’ masing-masing meskipun pada zahirnya tidak terdapat perbezaan.

Hatim Azzahid ketika masuk ke tempat Isham bin Yusuf ditanya : ‘
Ya Hatim, bagaimana anda menyempurnakan solat? Jawabnya :Jika telah hampir waktu saya telah siap berwuduk dengan sempurna. Kemudian tegak di tempat solat dengan semua jiwa ragaku sehingga terbayanglah Ka’abah seakan-akan di hadapan mataku dan maqam tepat di dadaku sedang Allah mengetahui segala yang ada di dalam hatiku sedangkan kaki bagaikan ada di atas titian sirat dan syurga di kanan sedang neraka di kiriku.Dan Malaikat Maut di belakangku,aku merasa bahwa sholatku ini adalah terakhir.

Kemudian Saya takbir dengan kusyuk’ dan membaca dengan penuh perhatian tafakkur dan rukuk dengan tawadhu ( merendah diri) dan sujud dengan tunduk merendah meminta. Kemudian duduk sempurna lalu tasyahhud dengan pengharapan dan ketakutan. Kemudian salam menurut sunnaturrasul. Kemudian saya serahkan semua itu dengan ikhlas dan bangun dari solat itu denan persaan takut dan berharap (takut bila tidak diterima dan berharap semoga diterima oleh Allah ). Dan saya jaga semua itu dengan kesabaran.

Isham bertanya : Sejak berapa lama solatmu yang sedemikian ? Jawab Hatim : ‘ Sejak tiga puluh tahun’. Maka menangislah Isham dan berkata : ‘ Saya belum pernah sholat seperti itu sama sekali’.

Sahabatku demikianlah contoh contoh khusyu dalam shalat yang dilakukan oleh sahabat ,Dan banyak lagi contoh para sahabat bershalat dengan khusyu..

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Barangsiapa yang mendirikan Shalat dua rakaat dan tidak sedikitpun pikirannya diganggu oleh perkara-perkara dunia niscaya akan diampunkan dosa sebelumnya.
( HR.Bukhari Muslim sanad Shahih)

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Wahai sekalian manusia sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu,maka pasti kamu akan menemuiNya.( QS.Al-Insyiqaaq 6 )

♥ MARI SAMA SAMA KITA AMALKAN SEMOGA MANFAAT UNTUK KITA SEMUA. 'AAMIIN ♥

p/s: copy paste je untuk renungan bersama.. ^_^

Friday, May 27, 2011

TERIMA KASIH ABANG POSMEN

erk... Apa kaitan pulak la bintang dengan entri alu kali ni??? Takde kaitan sangat kot.. Tapi, orang yang berjiwa seni pandai untuk mentafsir apa ertinya.. hehehe..

Tadi, aku dapat surat cinta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.. Bukan sebab aku sakit tau..huhuhu..
Tapi, sebab aku dapat tawaran sambung belajar dalam bidang kejururawatan.. Bukan kejuruteraan.. Ahaks.. Berangan tinggi melangit nak jadi jurutera.. Keputusan pun lingkup..


Ok.. Back to the story.. Ha, tadi, pas abang posmen tu hantar je surat tu.. Bile dah baca sume isi yang ada dalam sampul surat coklat tu, aku dengan bersemangat yang berkobar-kobar, membara,  aku pergi la scan surat tu.. (semangat la sangat).. Dengan excitednye, aku upload la kat facebook aku dan aku tag la kengkawan yang berdekatan.. My cayang of course la orang yang pertama aku tag.. hehehe.. ^_^..
Motif???? Nda tau la... Just think it by yourself..(terabur BI aku)

Tanpa banyak bicara, ini lah dia hasil kerja ku tadi...

Apa yang aku nampak, ini lah masa depan aku.. So, i should go.. My last but not least destination to achieve my goal.. hohoho.. Another broken english..

Sunday, May 22, 2011

KECIWA UNTUK KESEKIAN KALINYA


sky is crying..like me.. huhuhu..
huuuuaaaa..... (nangis ni..dalam hati.. dah banjir dah)..

Kecewa untuk kesekian kalinya.. huh... Takpe la. Nak buat macam mana kan. Dah takde rezekinya ke situ..
Terima saje la dengan redha.. huhu.. Walau macam mana pun, terima kasih untuk Si Dia sebab dengan sabarnya tolong check kan MeDSI..huhuhu.. Balik-balik kelas dah tolong checkkan.. huih.. Cian dye..
Lepas tu, sambung pulak semalam petang.. Still not available laman upu tu.. (haih..bikin suspen ja). Lastly, malam tadi boleh dah check. Hahaha..tak dapat pun.. (Bukan tak mau check sendiri, tapi, aku masih dalam perjalanan pulang dari menghantar adik tercinta ke UiTM Dungun, Terengganu)..

Dan terima kasih jugak pada ALONG aku tu ha.. Nak tolong check kan.. Haaa..jgn tak percaya. Ramai yang tolong checkkan aku punya keputusan MEDSI tu.. hehe..

Aku check pagi tadi, for the last.. Nak puaskan hati sendiri. Bukan tak puas hati orang check kan, tapi nak la tengok apa ayat yang ada kat laman upu tu bila tak tersenarai untuk temuduga.. Aku ketawa dalam duka baca nya pagi tadi. huhu...

Nak buat macam mana kan, bukan rezeki aku kat situ.. Rezeki aku ada kat tempat lain agaknya.. Kata kawanku, "yang baik datang lambat maa".. aha.. Lambat tu lambat sangat la. Kejap lagi tau la rezeki aku kat mana..

Btw, still chill + cool.. v(^_^)..

Tuesday, May 17, 2011

Hang Out Together ~^_^~

Assalamualaikum...

Sepatutnya aku post cerita ni ahad malam yang lepas.. Tapi, disebabkan penat + malas, terpaksa la post pone sampai la aku jadi rajin.. hehehehe... Tak kisah la.. Yang penting cerita kan..

Ok, based on the title, "Hang Out Together".. Hurm...hang out dengan siapa ye?? Dengan boyfriend?? Nope..cos dia jauh di sana.. hehehe.. Hang out with friends & teacher + her husband.. 

Sebenarnya cikgu ajak budak-budak form 6 kuar.. oopps.. Ex-form 6 maybe.. hehe.. Fahimah la yang meng'invite' kitorang. Aku dengan Ng Gek Leng pula tukang cari orang & confirm kan siapa yang datang masa majlis tu nanti.. Mula-mula tu memang tak ramai yang menyatakan persetujuan, tapi alhamdulillah. Pada hari & masa yang telah ditetapkan, ramai yang hadir. Meriah la juga,,

Majlis tu merangkumi perjumpaan dengan dengan cikgu + sambutan hari lahir cikgu.
Ni besday girl kami..



Akhir majlis, snap pic together.. hehe.. Kenangan bersama sebab lepas ni tak tahu la bila kami akan bersua..

macam-macam gaya ade.. hehe.. memang sporting.. ~^_^~

Kemeriahan sangat terasa.. Kerinduan menggamit rasa..
Kemesraan terjalin seketika.. Perpisahan mengundang duka..

Wednesday, May 11, 2011

KUCIN KU ~^_^~.. meeooww..



Comel tak kucing kat atas tu??? Comel kan, comel kan.. (ya kan saja.. hehehe)..
Nama kucin ni COMEL.. aha..Terserlah kecomelannya di situ.. Kot la comel..
Tapi, aku panggil COMEL yang COMOT sebab nya nak tau kenapa..

Ok, cuba perhatikan muka Comel.. Sebelah kiri warna coklat pekat, sebelah warna coklat cair+krim.
 Mata dah la warna biru.. Bila tengok betul-betul, muka Comel macam ni...


Comel ni manja + lincah + suka mendengki.

Bila datang manja Si Comel ni, malas nak layan.. Manja sangat.. hehehe..
Suke dengki dengan 'kawan-kawan' nya yang lain pula tu..
haih.. Pantang nampak kawan tu nak tidur or rehat, mesti nak ajak bergurau..

Ni la gelagat Comel masa tidur..::



Tidur nakal.. Tak reti nak diam..
Hehehe.. Kucing kesayangan aku kebanyakannya warna macam ni.
Chantek..


~akuSAYANGkucinku~


SAYA PUN NAK JADI MACAM ORANG LAIN

Awak gembira dengan dengan kehidupan awak sekarang??



I wanna to make a change in my life..


Dalam hidup ini, kita sepatutnya jangan terlalu merasa yakin bahawa kita sudah cukup sempurna.
Kritikan dan teguran membawa kita kepada satu perubahan yang besar dalam diri sekali gus hidup kita.

Hari ini aku mahu berubah.
Berubah dari sikap + sifat yang lama ke arah yang lebih baik.
Aku ingin melakukan perubahan yang baik dalam diri ku..
Perubahan yang bisa membuat orang disekeliling ku gembira, selesa..
Aku ingin melakukan perubahan agar insan-insan yang aku sayang tersenyum gembira.

Perubahan yang baik akan dapat menjernihkan kekeruhan sesebuah perhubungan..
Perubahan yang baik dapat memekarkan lagi rasa cinta dua insan..
Perubahan yang baik dapat menyuburkan kemesraan dua hati..

Tapi, seeloknya.. Berubah kerana ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..
~^_^~ 



Changing GIRL... ~^_^~

Monday, April 25, 2011

TENTANG CHINTA



" CINTA ITU DATANG & PERGI..
TAK TENTU ARAH..
MENGALIR SEPERTI AIR..
TAK PERNAH TERDUGA..

MEMBAWA KESENANGAN..
SAAT DIA MUNCUL..
MEMBAWA KESEDIHAN..
SAAT DIA PERGI.."

JANGAN PERNAH KAU TANGISI CINTA,
KERANA DIA AKAN KEMBALI...






SEKARANG NI, KALAU TANYA INSAN-INSAN DI LUAR SANA YANG SEDANG HANGAT BERCINTA, JAWAPAN SEMUA BERBEZA. (saya rasa la. xpenah buat temuramah pun)..ADA YANG KATA," EH, BEST LA BERCINTA NI..", ADA YANG KATA, "HURM, NTAH LA. DEPENDS LA PADA PASANGAN KITA TU MACAM MANA", ADA YANG KATA, " TAK BEST LA CINTA-CINTA NI. TERKONGKONG RASA".. TU ORANG CAKAP, BUKAN AKU YANG CAKAP. TAPI, APA-APA PUN.. MATLAMATNYA TETAP SAMA. MAHU KEKAL..DAN MACAM-MACAM LAGI LA..


TAPI, KITA KENA BAHAWA TAKDIR SETIAP ORANG TU BERBEZA-BEZA. ADA BERCINTA SAKAN, TAPI AKHIRNYA PUTUS.. ADA JUGA YANG BERCINTA SECARA SEDERHANA SAJA, TAPI KEKAL KE JINJANG PELAMIN DAN KE AKHIR HAYAT. SEMUA TU BERGANTUNG PADA HATI MASING-MASING.

KITE BERTEMU DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM KITA BERJUMPA DENGAN ORANG YANG BETUL-BETUL JODOH KITA..

APA-APA PUN, CINTA ALLAH ITULAH SEBAIK CINTA. TIDAK AKAN ADA KEKECEWAAN PADA CINTA-NYA.. SESEORANG ITU TIDAK AKAN TAKUT UNTUK BERCINTA SESAMA INSAN WALAUPUN TELAH DILUKAI KERANA DIA TAHU SEKIRANYA DIRINYA DILUKAI LAGI DIA MASIH ADA CINTA DARI YANG MAHA AGUNG..


 TAKKAN KAU RASA INDAHNYA CINTA, ANDAI TIADA CINTA PADA YANG ESA. JADI, CINTAILAH ALLAH SEBELUM KAMU MENCINTAI DIA... hehehehe...




يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]







~coretan usang hamba yang hina~

Friday, April 22, 2011

BIARKAN AKU MENANGIS




Actually ayat-ayat kat bawah ni aku copy paste je dari group cintaallahcintarasulullah@groups.facebook.com. Tapi, aku dah minta kebenaran tau daripada tuan empunya.. Tak curi...Kebetulan pulak la post tuan empunya ni memang kena dengan situasi yang aku alami sekarang ni..

AWAT RASA NAK NANGIS PLAK NI..~( aku dah nangis dah sebenarnya...hehehehe)

saat diriku lemah tak bertenaga
saat diriku sunyi tak disapa...
saat hatiku sedih dan lara...

yang ku pinta hanya kasihmu ibu...
yang ku damba hanya kasihmu ayah
yang kuharap hanya dirimu yang ku setia...
yang ku mohon hanya kepada yang Berkuasa...

andai diri banyak salah serta silap..
andai akal tak bijak menilai...
andai khilafku buat kalian sedih...
aku mohon ampun dan maaf............

segalanya hanya Allah yang Maha Mengetahui
berikan aku perlindungan dari segala yang menjauhkan diriku dari diriMU...
walau mereka jauh..aku rela...
tapi aku tak sanggup berjauhan dengan KasihMU...Tuhanku..

p/s : penysrah cakap..kalau awak nak nagis...nagis jerrrr..mungkin lepas lepaskan tangisan tu,...awak akan rasa lega...tapi kalau awak buat2 hepi...itu maknanya....awak tipu diri sendiri.....


rasanya...saya dah banyak kali tipu diri sendiri untuk kebahagian orang lain...pada saya...biarkan saya yang bersedih, biarkan hati saya sakit dan merana tetapi orang itu sentiasa bahagia dengan kehendak dan pemikirannya...memang saya kejam pada diri sendiri......biarkan dimatanya saya yang banyak silap dan salah...saya terima segalanya....saya tidak mahu berlawan lagi...saya sudah putus asa...saya sudah tahu, diri sememangnya begitu..~

Kita hanya manusia biasa yang takkan mungkin dapat memuaskan hati semua pihak.. Sedang kepuasan hati sendiri belum terpenuhi, terpaksa berkorban demi kepuasan orang lain..

Demi kebahagiaan orang tersayang, 
aku korbankan hasrat hati... 
Tangisan ku tahan sejak dulu,
pecah jua akhirnya..

Demi melihat kegembiraan orang lain,
cita-cita ku aku lontarkan,
jauh dari hati, jauh dari mimpi,
agar tidak dapat aku kejar lagi,
agar tidak aku temui lagi..

Tangisan tak bisa dilihat,
tapi bisa dirasa..
Tangisan tak bisa didengar,
tapi bisa ditebak..


Saturday, April 16, 2011

My belated besday

My cake!!! Sedap kek ni.. Rasa kopi ada,blueberry ada... ^__^


     Hurm...patut nya story ni di'post' malam semalam, tapi, disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksa la aku menangguhkan hasrat ku untuk menge'post' story.. Apa la posmen lambat..(salah posmen gak ke??)

     Ok2.. Actually besday aku 10 April yang lepas. Tapi, disebabkan adik aku yang kecik sekali ni
Poyo la muke.. my little brother..
Muhammad Akmal Hakimi - 6 years
 besday dia selang 5 hari je, so, sambut la mase besday dy.. That's why la tittle aku kali ni "My Belated Besday"..huhuhu..

Ok la.. Tak ada apa la yang best mase besday aku ni an. Yela, aku bukan kecik lagi yang kene bawak jajan pergi sekolah.. hahaha.. Teringat la pula zaman kecil2 dulu.. Tapi, masa sekolah rendah dulu best sebab kumpul dengan kawan2 yang sambut besday sama bulan dengan aku.. Tak ramai mana pun. 4 orang je.. Yela, bulan 4 kan.. huhuhu... Ha, tp bukan bermakna yang lahir bulan 1 sambut sorang.. hehehe...

Apa yang penting nya, setiap tahun umur bertambah... Mula dari setahun, jadi dua tahun.. 
Mula dari SEMBILAN BELAS (19) tahun, jadi DUA PULUH TAHUN (20).. I tell my loved, "dah nak masok 20 sen dah".. He replied," 20 sen apenye. 20 taon dah. dh tue dh die"... 
OMG!! Sweet 20 you... hahaha...

Perangai masih lagi kebudak-budakan, keanak-anakan.. Macam tak percaya la pulak sekarang dah 20 tahun. Nak tak nak, mahu tak mahu, kena la terima kan. Lumrah kehidupan manusia. Setiap hari semakin bertambah, bukan berkurang. Tapi berat badan lain ea. Adakalanya perlu ditambah, ada kalanya perlu dikurangkan. Keperluan megikut individu.. Ahaks!!

Hadiah??? Hurm....tak banyak yang aku dapat. Tapi, cukup berharga lor for me.. Bagi aku, hadiah tu bukan dilihat pada nilainya, tapi dilihat pada siapa yang menberi. Ha, yang penting bukan my love (couple) tu yang bagi.. hehehehe... Ni my love lain.. She's my lovely mom.. A box of chocolate and Hot Ticket.. hehehehe.. ( Jangan tak tau, Hot Ticket tu amat berharga untuk aku.. hehehe..) Nak tengok hadiahnya?? 

orang yang tengok mungkin ianya hadiah biasa saja, tapi bagi aku, hadiah ni sungguh istimewa.
p/s: my mom buat ni masa pagi 15 April.. mase tu, dia siap kunci pintu bilik takut aku masuk. Tapi tak peduli
pon sebab dok membantai tidur.. hahaha.... Free Icons
Dan, aku tak lupa juga pada kawan2 yang wish besday aku mase 10 April yang lepas.. 
 Paling awal wish : My Frens - Nadzirah & Athirah..
 Paling lambat wish : My ALONG.. hahaha.. xpe lorh.. Yang penting wish..

Yang aku ingat, masa besday aku ni, aku kat hospital.. Sakit pulak. Tak sakit tapi jaga nenek sakit. Tapi,mudah bicaranya..aku tak jaga pun masa kat wad tu. Membantai tidur.. My mom pon sama.. Kalau terjaga tu ada la sebab aku pun tak sihat sangat masa tu. Batuk..(cian la hai)..

Ha..nak tunjuk juga belated besday gurl.. hahaha.. saja mahu mencapup..
Belated Besday gurlz..
(Nursyafiqah - 20 cent/20 years old)
..comeynye.. Free Icons
Hahahaha...Well, special thanx to my mother, Roszeta Binti Wagino and my dad, Suhaimi Bin Sujak.. Love u'll untill jannah...

~with my mom, my brother & my father~
Free Smileys



Sekian.. That's all.... Wassalam...

Monday, April 4, 2011

Kuku (Bahagian 1)

 Hari ni saja nak share serba sedikit pasal kuku..



  Kalau kamu semua mahu tahu, kuku ni merupakan struktur yang separa keras, sedikit runcing dan kuku terletak di hujung jari. (ade ke kuku dia bukan kat hujung jari?? hehehe).

  Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, iaitu sejenis protein keras yang juga boleh ditemui di dalam rambut dan kulit. Kuku tumbuh dan memanjang pada setiap masa. Tapi, kadar pemanjangannya bergantung keada faktor usia, jantina, musim (panas or sejuk), gaya hidup, suhu badan (panas or sejuk), diet dan keturunan. Cuaca yang panas akan mempercepatkan proses pemanjangan kuku berbanding cuaca sejuk.

  Kalau kamu semua nak tahu, kuku tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang 1mm sebulan. Sebab tu korang lebih banyak memotong kuku tangan berbanding kuku kaki.

  Dalam bidang perubatan pula, kuku boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang. Berikut adalah tanda-tanda kerosakan kuku mengikut situasi tertentu:

* Sakit berkaitan hati - menyebabkan kuku anda menjadi putih pucat.
* Sakit buah pinggang - akan menyebabkan kuku terbahagi kepada DUA warna iaitu merah jambu/pink dan putih.
* Sakit jantung - menyebakan 'nail bed (kutikel)' bertukar menjadi warna merah
* Sakit paru-paru - membuatkan kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang.
* Anemia (kurang darah) -menyebabkan kuku berwarna pucat.
* Diabetes - akan menyebabkan kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya. (so, better korang kurang kan makan makanan yang TIDAK/KURANG BERKHASIAT)

*p/s : hurm.. mesti semua tengok kuku lepas baca ni.

 Dalam ISLAM, ada beberapa rahsia dalam memotong kuku.



Rasulullah S. A. W. bersabda : Maksudnya : Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

# Hari Sabtu : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

#Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

# Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

# Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

# Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

# Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

# Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada ALLAH TA'ALA.

Friday, April 1, 2011

Aku dulu dan Adik ku sekarang

Hari aku berpeluang la keluar hantar adik pergi sekolah. Sengaja merajinkan diri keluar sebab sejak jadi penganggur terhormat ni, aku hanya menyembunyikan diri je kat rumah. Almaklumla, anak dara la kata kan. hehehe..( padahal malas nak keluar)..

 Dalam syok2 menunggang motosikal tanpa lesen sah (sebab aku guna Lesen AGONG). Main lenjan je pegi jalan tanpa lesen.. hehehe.. Ala, bukan aku sorang je naik motor tanpa lesen.. Korang pun same jugak kan..( yela tu.. senyum2 tu). Sepanjang perjalanan tu, terlihat la pelajar sekolah yang baru sekolah rendah or menengah rendah mybe menunggang motosikal. Tapi, kadang2 aku respect juga dekat diorang sebab diorang masih lagi memakai topi keledar..(sesetengahnye la aku respect. Sesetengahnya tak sbb adik aku yang dah berlesen tu pun keluar rumah tak pakai topi keledar. Kepala besi agaknya.)

 Then, aku terfikir or terimbau kenangan masa aku kecik2 dulu. Time sekolah rendah dulu. Dulu, aku pergi sekolah agama naik basikal je. Tengah2 panas buta tu,naik basikal. Macam kene panggang rasa. 20 minit juga la nak sampai sekolah tu. Dulu my daddy takdenya nak menghantar aku pergi sekolah. Kecuali hujan je. Best tau pergi sekolah naik basikal. Jalan ramai-ramai dengan kawan2. Sampai je sekolah, huih..jangan cakap la. Basah baju. Tapi, bila time balik pukul 6.30 pm tu, aku la yang paling lambat sampai rumah. Rumah aku jauh sikit berbanding kawan2 yang lain. Biasanya, aku kayuh laju2 time jalan sorang2 tu. Takut tu. hahahaha..

 Tapi sekarang ni.. Aku tengok budak2 pergi sekolah naik motor. Kadang tu aku tengok, kaki terjingkit-jingkit. Tak sampai. Motor lebih  besar dari orang. Bawak motor dah la laju bukan main.. Aku pelik je dengan mak bapak diorang ni. Sanggup mempertaruhkan nyawa anak mereka di jalan raya. Terlebih sayang anak ke?? Walaupun sayang, jangan la terlalu beri kebebasan pada anak. Nanti dah 'terhantuk, baru nak tergadah'. Menyesal kemudian tiada gunanya. Time tu, anda hanya mampu berkata, "alahai anak abah".(macam kat iklan radio Sinar Ffm tu).

Sekadar gambar hiasan..

    ZAMAN DULU YANG TAK BERAPA NAK DULU LA


ZAMAN SEKARANG


Wednesday, March 30, 2011

Impian tak kesampaian

Citer ni bermula selepas aku dapat panggilan daripada Pn Hidayah.. ( orang HR kat Hospital Pakar Puteri)..
Aku dapat call pada 21 Mac 2011..pukul...hm..xmain la pukul-pukul. sakit tau..hehehe.. i've got the call around 2 pm. Baru je nak melabuhkan tirai, untuk menamatkan keletihan hidup lepas buat kerja-kerja di rumah.. (kacau line je). Dalam angan dan sedar, aku jawab la tepon. Perbualan bermula dan berakhir tak lama pastu. (perbualan tak direkodkan. so, tak masok dalam ni).hehehe...Free Avatars.. Pastu, aku tunggu la mak aku balik petang tu. Bincang punya bincang punya bincang.. Esoknya pegi dorang hantar kan. Yela jao tu..

22 Mac 2011, at 11 o'clock kitorang gerak g ke Hospital pakar Puteri. Dalam perjalanan yang 'jao'tu, sempat g snap pic.. hehehe...

Dipendekkan citer, kol 2.30 bermula sesi intebiu. Aku orang first tu. Dan dipendekkan citer, di akhir perbualan or sesi intebiu tu.. Berkatalah Si Penemuduga tersebut.." Maaf Nursyafiqah, awak tak diterima. Bagi kami, lebih baik awak tunggu panggilan universiti dulu. Keputusan STPM awk elok. Awak pandai. Awak ada peluang untuk sambung belajar. Sebab kami nak yang permanent". Hati ku berkata, " xpelah". Bila dah penemuduga cakap macam tu, aku hanya mampu tersenyum. Takkan aku nak menangis lak walaupun aku rasa keciwa cangat.. Hati aku je yang menangis.Sad Smileys..
Keluar je dari bilik HR, aku jumpa mak aku. Masih boleh tersenyum dan mengatakan,aku tak dapat kerja tu. Ha, untuk makluman semua, kerja yang aku mohon ni Clinic Assistant. Kata my mom, dah xdapat nak buat macam mana. Takpe la. 
Actually aku kesian kat parents aku. susah susah hantar aku, jauh-jauh hantar aku ke Larkin Utama Condominium tu, tetibe jek aku tak dapat. Memang la dorang tak tunjuk, tapi sendiri fikir la kan. Takde rezeki nak buat macam mana kan.. Redha je la.

Tapi, walau macam mana keciwa hatiku, aku sempat snap pic...Free Smileys

Nampak sedih ke??

Well,ini la CHERITaku..


Monday, March 14, 2011

Demi Cinta Allah


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu".


- Artikel iluvislam.com

Thursday, February 24, 2011

kerja lagi

Hari ni ku bermula di tempat kerja baru..
huhuhu..penat la seyh...
sekarang ku kerja di MARRYBROWN Pengerang..
ok la.. dekat dengan rumah kan..
kerje bahagian kitchen..
memang penat..sabar je la..
1st day kan...
huhuhu...
hope dapat bertahan lama... hahahaa...

Tuesday, February 22, 2011

Akhir perjalanan alam persekolahan

21 FEBRUARI 2011.. tarikh keramat bagi insan yang bergelar lepasan STPM 2010..
keputusan keluar mempamerkan hasil usaha selama setahun setengah kami belajar..

aku?? sedih+kecewa..
xdapat P ekonomi, sudah ku duga sejak awl. tapi dalam hati ku tetap ku harap ku mencapai 4P..
tapi, apakan daya, D+ sahaja yang mampu ku gapai dengan pointer 1.33 sahaja..
sedihnye!!!!!!!!!!!!!!
pape pon tetap redha dengan keputusan tu.. berbaloi la dengan usaha ku selama ni..MUNGKIN...

untuk paper lain, alhamdulillah ok..
PENGAJIAN AM- A-(3,67)
GEOGRAFI - B (3.00)
PENDIDIKAN SENI - B (3.00)
pointer keseluruhan 2.75 sahaja..
target 3.00.. x capai gak...
kecewa lagi..
huaaaaaa.....nak nangis rse..tpi x boleh nk nangis...
xde perasaan ke ku ni???
keras sangat ke hati ku ni???

dengan berbekalkan keputusan ni, ku mencuba mohon IPTA..
mudah-mudahan kos yang ku 'target' diterima...

Thursday, February 17, 2011

surat cinta untuk Si Dia

Ke hadapan Si Dia.

     Assalamualaikum. Apa khabar Si Dia di sana? Ku harap Si Dia baik-baik sahaja dan sentiasa berada dalam lindungan dan keredhaan ALLAH.

Si Dia,
    Ku pinta kemaafan dari mu kerana mengganggu masa mu. Hanya ku harap agar Si Dia sudi meluangkan masa membaca bicara ku ini.

Si Dia,
    Sebenarnya,selalu ku harap dihadirkan seseorang dalam hidup ku, yang berlainan jantinanya dari ku..
ku berdoa agar Si Dia mestilah :



dan ku harap, Si Dia mestilah

 
taat pada agamanya.

serta Si Dia mestilah  

 penyayang..

Ku berharap, agar Si Dia tidak..:

   


 
cubalah bertindak jujur, kerana penipuan akan menyebabkan 


 
hati ku hancur, kecewa dengan tindakan mu, Si Dia.

 kepada Si Dia, hanya ini yang ku pinta.. Jangan kau abaikan segala suruhanNYA, jangan kau lakukan segala laranganNYA. Cubalah kau jagai hati ku sebaiknya keranaNYA. terima ku keranaNYA. Moga-moga kau terbaik untuk ku dan keturunan mu, Si Dia..


 just think Si Dia..



special dedicated to my future Si Dia...