Thursday, November 13, 2014

Entry Merapu


Hari-hari yang membosankan dilalui setiap hari..
Aktiviti semasa :: makan (klw rajin)..tidur...kerja..repeat..
Kehidupan yang hanya berlaku di hospital dan rumah..
HOME SWEET HOME... WORK SWEET WORK...

Buku yang bersusun di rak tak terbaca..rajin membeli, tak tau bila nak habis baca..

Tapi, kehidupan tak sekosong yang difikir oleh kebnayakan orang..
Takde BF/GF tak bermakna hidup KOSONG..
Takde KAWAN BAIK/ BFF tak bermakna hidup korang sunyi..
Selagi ALLAH dihati..keluarga disisi.. hidup masih sangat bererti...

    p/s ::: start untuk rajin ambik Lesen kereta.. serius jelez tengok orang g keje bawak kete..
             especially time hujan.. AKU MASIH BERHUJAN.... :)

Wednesday, November 5, 2014

Seriously Berhabuk


OMG!!!!!! Berhabuk bangat deh blog aku nih..
Nak online tu ade aje masa sebenarnya tapi masalah sebab lappy tak boleh
connected dengan wifi phone.. Sangat bermasalah..
Well ya now dah settle problem tu and I can online with lappy..
(onine dengan phone sangat2 tak memuaskan..nampak tak
kene tukar tab pasni...hahahaha )

Just nak cerita sekarang ni dah masok bulan ke hmmmmmm...bulan ke-9
im working here...
So many many pengalaman yang dapat dikutip...dipungut sepanjang kerja
kat sini..
Pindah??? Tukar??? hmmmm...bukan plan hidup dalam
masa terdekat ni.. Kot la kan jumpa jodoh dok tang ni.. hahahaha..
mana nak tau kan..haaaa..

   nota di kaki -----> mencari kitten comel...

Thursday, February 20, 2014

Ape?? Kerja??!!

Meh nak lap ciket keyboard, screen and enjin2 semua.. Penuh habuk dah ni.. hehehee..
Well, sepatutnya dah kene count down mula kerja sebab masa sentiasa berjalan..
Jarum jam sentiasa bergerak pantas, lebih pantas dari kaki kita yang semamangnya pantas
terlebih lagi masa ada SALE.. Memang kita pantas.. hehhe..
Dan, jarum jam akan bergerak perlahan masa bateri low aje..
Tak lama lagi, akan bermula kehidupan saya sebagai seorang pekerja..
Seorang penjawat awam.. seorang perawat.. seorang penjaga.. seorang pemerhati..
Seorang orang inilah yang mula mencurah bakti, khidmat setianya kepada masyarakat..
Tiada apa yag diharap melainkan setiap pekerjaan yang dilakukan akan dipermudahkan..
Bekerja dengan hati yang ikhlas.. Tak nak jadi jargon..
Masa zaman student boleh jadi jargon, tapi kalau dah kerje buat perangai jargon tu,
kang tak pasal-pasal makan pelempang dengan klien.. hahahaha..
renungan:: tak semua orang akan suka kita..
                tapi tu tak bermakna, kita tak boleh untuk mengubah perasaan mereka..
                kene sedar diri juga..bila orang dah suka tu, please behave urself my dear.. INSYAALLAH..
                
NAK COUNT DOWN LA ------> 3 days to go..

Tuesday, January 21, 2014

CERITA BARU 'PENANAM ANGGUR'..


Setelah sekian lama meyepi diri dari dunia penulisan, kini cuba kembali dengan azam dan cerita
baru. Cerita tanpa cinta manusia yang sia-sia yang ada hanya cerita penglipur lara.. hehehe..

Well, harini hari ke-21 hidup sebagai penganggur setelah 2 tahun setengah menimba ilmu.
Ape yang dibuat dirumah??
1. Belajar masak
2. Kemas mengemas
3. Jaga nenek..**kononnya
4. Practices work as wife to be..

Banyak perkara yang perlu diubah seiring dengan perubahan waktu.
Perubahan juga perlu seiring dengan umur yang semakin 'muda'.**hakikat yang di '- '
Perbaiki diri yang semakin tersasar jalannya, semoga setiap usaha diredhai olehNYA..
amin..in sya ALLAH..



         sampingan ----> aku sedang berubah perbaiki diri..
                                   semoga jodohku juga begitu.. ^_^v..


Wednesday, June 26, 2013

WHAT.....AND.....WHY


Tak tau la kenapa..setiap kali terpandang wajahnya..timbul rasa sebak didada..
Terlebih sebak apabila melihat wajah tidurnya..
ALLAH menjarakkan kami kerana DIA ada perancangan yang lebih baik..
Tetapi, aku lebih sebak, seandainya perpisahan yang terjadi..

Aku hanya insan biasa yang tak mungkin dapat menerima seandainya
perpisahan yang menjadi pengakhiran hubungan kami..
Aku hanya insan biasa yang mengharapkan sesuatu yang terbaik daripadaNYA..
Aku ada sebab mengapa aku mengharapkan si dia..
Aku mempunyai sebab mengapa aku mahukan dia menjadi pendamping hidupku..

Ya ALLAH.. Engkau mengetahui apa yang terniat dihatiku..
Semoga dia adalah terbaik untukku.. Aku berharap agar dia adalah jodohku..
Sesungguhnya, perasaan ni bukan pada nafsu semata..tetapi ianya ikhlas dari hati yang 
telah ENGKAU cipta dan berikan kepadaku..
Sesungguhnya, aku ingin sekali menjadi yang halal untuk dia..
Semoga engkau mengabulkan doaku yang satu ini.. AMIN..

Wednesday, June 5, 2013

Secebis Cinta dari DIA


Aku tak mengimpikan yang sempurna, tapi cukup lah dia yang boleh menerima
kekurangan diri seadanya.. Hurm..kadang terbit juga rasa sedih bila diri ini
umpama tak dihargai.. Kehadiran umpama tak diundang.. Dengan hadirnya
diri ini, menyesakkan kehidupan insan.

Aku hanya insan biasa..penuh kekurangan..
Banyak bertanya itu ini..kerana aku kurang faham..
Ketidak fahaman diri ini terhadap dirimu..
Tapi, pernah kah kau selami kemahuan diri ku..?

Aku mengharap semoga ada jodoh diantara kita.. Doa ku padaNYA
semoga engkau lah yang telah dihadirkan dalam kehidupan ku, akan menjadi
imamku, imam anak-anakku, nakhoda keluarga kita yang bakal dicipta..

Secebis cinta ini, didatangkan olehNYA kedalam hatiku..



Thursday, April 4, 2013

Tidak semua dapat ku raih



Kadang apa yang kita buat, kita tak sedar ianya menyakitkan orang disekeliling kita..
Kadang, kita tak sedar, ape yang kita cakap mengguris hati mereka..
Seringkali kita tak sedar, ape-ape pun yang kita buat, tak semua orang boleh terima..

Kita selalu berharap, ada orang yang boleh menjaga hati kita..
tapi,
adakah kita menjaga hati orang lain??

Kita selalu berharap, ada orang yang boleh soft spoken dengan kita..
tapi,
bagaimana pula kita ketika berbicara??
Jagakah hati mereka??

Kita manusia biasa.. sering alpa..
Berangan mahu yang terbaik, tetapi, hakikatnya,
dalam diri masih ada tempangnya..

Aku juga begitu.. sering aku mengguris hati meraka disekelilingku..
Keluargaku, temanku, si dia yang bertakhta di hati..

Hanya MAAF yang mahu diucap..
tapi, tak mudah untuk diungkap..