Wednesday, June 26, 2013

WHAT.....AND.....WHY


Tak tau la kenapa..setiap kali terpandang wajahnya..timbul rasa sebak didada..
Terlebih sebak apabila melihat wajah tidurnya..
ALLAH menjarakkan kami kerana DIA ada perancangan yang lebih baik..
Tetapi, aku lebih sebak, seandainya perpisahan yang terjadi..

Aku hanya insan biasa yang tak mungkin dapat menerima seandainya
perpisahan yang menjadi pengakhiran hubungan kami..
Aku hanya insan biasa yang mengharapkan sesuatu yang terbaik daripadaNYA..
Aku ada sebab mengapa aku mengharapkan si dia..
Aku mempunyai sebab mengapa aku mahukan dia menjadi pendamping hidupku..

Ya ALLAH.. Engkau mengetahui apa yang terniat dihatiku..
Semoga dia adalah terbaik untukku.. Aku berharap agar dia adalah jodohku..
Sesungguhnya, perasaan ni bukan pada nafsu semata..tetapi ianya ikhlas dari hati yang 
telah ENGKAU cipta dan berikan kepadaku..
Sesungguhnya, aku ingin sekali menjadi yang halal untuk dia..
Semoga engkau mengabulkan doaku yang satu ini.. AMIN..

Wednesday, June 5, 2013

Secebis Cinta dari DIA


Aku tak mengimpikan yang sempurna, tapi cukup lah dia yang boleh menerima
kekurangan diri seadanya.. Hurm..kadang terbit juga rasa sedih bila diri ini
umpama tak dihargai.. Kehadiran umpama tak diundang.. Dengan hadirnya
diri ini, menyesakkan kehidupan insan.

Aku hanya insan biasa..penuh kekurangan..
Banyak bertanya itu ini..kerana aku kurang faham..
Ketidak fahaman diri ini terhadap dirimu..
Tapi, pernah kah kau selami kemahuan diri ku..?

Aku mengharap semoga ada jodoh diantara kita.. Doa ku padaNYA
semoga engkau lah yang telah dihadirkan dalam kehidupan ku, akan menjadi
imamku, imam anak-anakku, nakhoda keluarga kita yang bakal dicipta..

Secebis cinta ini, didatangkan olehNYA kedalam hatiku..



Thursday, April 4, 2013

Tidak semua dapat ku raih



Kadang apa yang kita buat, kita tak sedar ianya menyakitkan orang disekeliling kita..
Kadang, kita tak sedar, ape yang kita cakap mengguris hati mereka..
Seringkali kita tak sedar, ape-ape pun yang kita buat, tak semua orang boleh terima..

Kita selalu berharap, ada orang yang boleh menjaga hati kita..
tapi,
adakah kita menjaga hati orang lain??

Kita selalu berharap, ada orang yang boleh soft spoken dengan kita..
tapi,
bagaimana pula kita ketika berbicara??
Jagakah hati mereka??

Kita manusia biasa.. sering alpa..
Berangan mahu yang terbaik, tetapi, hakikatnya,
dalam diri masih ada tempangnya..

Aku juga begitu.. sering aku mengguris hati meraka disekelilingku..
Keluargaku, temanku, si dia yang bertakhta di hati..

Hanya MAAF yang mahu diucap..
tapi, tak mudah untuk diungkap..


Friday, March 22, 2013

KAMI GROUP SEMPOI...


Kaku terasa jari jemari untuk bercerita tentang pengalaman dan kehidupan seharian,.
Bersyukur kehadrat ILLAHI kerana DIA masih lagi memberi peluang kepada
kita untuk menjadi khalifah dibumiNYA..

Well, sebenarnya aku nak bercerita tentang GROUP A1 di Chest Clinic,
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah..

Memang tak boleh nak bangkang la bila kata, WAD TAKDE KERJE!!!
Kerja tu ada, tapi tak la sebusy wad..
Bile xde kerja, ni la kerja kami::




Bukan kami tak belajaq na dok kat Chest Clinic tu.. Banyak perkara yang kami 
belajaq. Tapi, ni tahap maksimum bosan.. hehehe..
Kadang aku pon jadi konfius, ni Chest Clinic or Pcychiatry Ward.. hahaha...
Sebab, gelagat kami lebih kurang je gelagat depa kat wad psikiatrik tu..




##papepon layan POU_CIKDEBAB lagi ok##


Saturday, February 23, 2013

KERANA SAYANG....KU

cinta itu memerlukan kesabaran... sabar melayan kerenahnya... sabar menerima amarahnya... Kerasa sayang, aku sabar menerima. Untuk awak..saya nak awak tahu. Saya masih mampu bertahan kerana sayang saya pada awak. Kerana janji saya... Mungkin bodoh bila didengar, tapi itulah hakikatnya.. saya tak minta duit awak... saya cuma minta hati dan sayang awak untuk terima diri saya... dan minta awak bimbing saya jalan menuju SYURGA...

Friday, February 1, 2013

Harapan Seorang Hamba

Ya-Rabbul Ariffin Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku Dekatkan lah hatinya dengan hatiku Tetapkan lah kemesraan antara kami Agar kebahagiaan ini kekal abadi Ya Muhaimin Dan Tuhanku Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini Ke tepian yang sejahtera Ya Rabbul Fatihin Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku Bawalah dia jauh dari pandangan ku Luput dari ingatan ku Dan peliharalah aku dari kecewa Ya Rabbul Izzati Serta Tuhanku yang Maha Mengerti Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah Dan gelap pekat awan Agar aku bisa bahagia Walaupun tanpa dirinya Ya Rabbul Quddus Dan Tuhanku Biar sekuat mana aku menyintainya Aku pohon agar Tuhanku Melenyapkan perasaan ini Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku Ya Rahman Ya Rahim Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya Selagi tidak melebihi kasihku padaMU AMINN..