Wednesday, June 26, 2013

WHAT.....AND.....WHY


Tak tau la kenapa..setiap kali terpandang wajahnya..timbul rasa sebak didada..
Terlebih sebak apabila melihat wajah tidurnya..
ALLAH menjarakkan kami kerana DIA ada perancangan yang lebih baik..
Tetapi, aku lebih sebak, seandainya perpisahan yang terjadi..

Aku hanya insan biasa yang tak mungkin dapat menerima seandainya
perpisahan yang menjadi pengakhiran hubungan kami..
Aku hanya insan biasa yang mengharapkan sesuatu yang terbaik daripadaNYA..
Aku ada sebab mengapa aku mengharapkan si dia..
Aku mempunyai sebab mengapa aku mahukan dia menjadi pendamping hidupku..

Ya ALLAH.. Engkau mengetahui apa yang terniat dihatiku..
Semoga dia adalah terbaik untukku.. Aku berharap agar dia adalah jodohku..
Sesungguhnya, perasaan ni bukan pada nafsu semata..tetapi ianya ikhlas dari hati yang 
telah ENGKAU cipta dan berikan kepadaku..
Sesungguhnya, aku ingin sekali menjadi yang halal untuk dia..
Semoga engkau mengabulkan doaku yang satu ini.. AMIN..

Wednesday, June 5, 2013

Secebis Cinta dari DIA


Aku tak mengimpikan yang sempurna, tapi cukup lah dia yang boleh menerima
kekurangan diri seadanya.. Hurm..kadang terbit juga rasa sedih bila diri ini
umpama tak dihargai.. Kehadiran umpama tak diundang.. Dengan hadirnya
diri ini, menyesakkan kehidupan insan.

Aku hanya insan biasa..penuh kekurangan..
Banyak bertanya itu ini..kerana aku kurang faham..
Ketidak fahaman diri ini terhadap dirimu..
Tapi, pernah kah kau selami kemahuan diri ku..?

Aku mengharap semoga ada jodoh diantara kita.. Doa ku padaNYA
semoga engkau lah yang telah dihadirkan dalam kehidupan ku, akan menjadi
imamku, imam anak-anakku, nakhoda keluarga kita yang bakal dicipta..

Secebis cinta ini, didatangkan olehNYA kedalam hatiku..