Friday, May 27, 2011

TERIMA KASIH ABANG POSMEN

erk... Apa kaitan pulak la bintang dengan entri alu kali ni??? Takde kaitan sangat kot.. Tapi, orang yang berjiwa seni pandai untuk mentafsir apa ertinya.. hehehe..

Tadi, aku dapat surat cinta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.. Bukan sebab aku sakit tau..huhuhu..
Tapi, sebab aku dapat tawaran sambung belajar dalam bidang kejururawatan.. Bukan kejuruteraan.. Ahaks.. Berangan tinggi melangit nak jadi jurutera.. Keputusan pun lingkup..


Ok.. Back to the story.. Ha, tadi, pas abang posmen tu hantar je surat tu.. Bile dah baca sume isi yang ada dalam sampul surat coklat tu, aku dengan bersemangat yang berkobar-kobar, membara,  aku pergi la scan surat tu.. (semangat la sangat).. Dengan excitednye, aku upload la kat facebook aku dan aku tag la kengkawan yang berdekatan.. My cayang of course la orang yang pertama aku tag.. hehehe.. ^_^..
Motif???? Nda tau la... Just think it by yourself..(terabur BI aku)

Tanpa banyak bicara, ini lah dia hasil kerja ku tadi...

Apa yang aku nampak, ini lah masa depan aku.. So, i should go.. My last but not least destination to achieve my goal.. hohoho.. Another broken english..

Sunday, May 22, 2011

KECIWA UNTUK KESEKIAN KALINYA


sky is crying..like me.. huhuhu..
huuuuaaaa..... (nangis ni..dalam hati.. dah banjir dah)..

Kecewa untuk kesekian kalinya.. huh... Takpe la. Nak buat macam mana kan. Dah takde rezekinya ke situ..
Terima saje la dengan redha.. huhu.. Walau macam mana pun, terima kasih untuk Si Dia sebab dengan sabarnya tolong check kan MeDSI..huhuhu.. Balik-balik kelas dah tolong checkkan.. huih.. Cian dye..
Lepas tu, sambung pulak semalam petang.. Still not available laman upu tu.. (haih..bikin suspen ja). Lastly, malam tadi boleh dah check. Hahaha..tak dapat pun.. (Bukan tak mau check sendiri, tapi, aku masih dalam perjalanan pulang dari menghantar adik tercinta ke UiTM Dungun, Terengganu)..

Dan terima kasih jugak pada ALONG aku tu ha.. Nak tolong check kan.. Haaa..jgn tak percaya. Ramai yang tolong checkkan aku punya keputusan MEDSI tu.. hehe..

Aku check pagi tadi, for the last.. Nak puaskan hati sendiri. Bukan tak puas hati orang check kan, tapi nak la tengok apa ayat yang ada kat laman upu tu bila tak tersenarai untuk temuduga.. Aku ketawa dalam duka baca nya pagi tadi. huhu...

Nak buat macam mana kan, bukan rezeki aku kat situ.. Rezeki aku ada kat tempat lain agaknya.. Kata kawanku, "yang baik datang lambat maa".. aha.. Lambat tu lambat sangat la. Kejap lagi tau la rezeki aku kat mana..

Btw, still chill + cool.. v(^_^)..

Tuesday, May 17, 2011

Hang Out Together ~^_^~

Assalamualaikum...

Sepatutnya aku post cerita ni ahad malam yang lepas.. Tapi, disebabkan penat + malas, terpaksa la post pone sampai la aku jadi rajin.. hehehehe... Tak kisah la.. Yang penting cerita kan..

Ok, based on the title, "Hang Out Together".. Hurm...hang out dengan siapa ye?? Dengan boyfriend?? Nope..cos dia jauh di sana.. hehehe.. Hang out with friends & teacher + her husband.. 

Sebenarnya cikgu ajak budak-budak form 6 kuar.. oopps.. Ex-form 6 maybe.. hehe.. Fahimah la yang meng'invite' kitorang. Aku dengan Ng Gek Leng pula tukang cari orang & confirm kan siapa yang datang masa majlis tu nanti.. Mula-mula tu memang tak ramai yang menyatakan persetujuan, tapi alhamdulillah. Pada hari & masa yang telah ditetapkan, ramai yang hadir. Meriah la juga,,

Majlis tu merangkumi perjumpaan dengan dengan cikgu + sambutan hari lahir cikgu.
Ni besday girl kami..



Akhir majlis, snap pic together.. hehe.. Kenangan bersama sebab lepas ni tak tahu la bila kami akan bersua..

macam-macam gaya ade.. hehe.. memang sporting.. ~^_^~

Kemeriahan sangat terasa.. Kerinduan menggamit rasa..
Kemesraan terjalin seketika.. Perpisahan mengundang duka..

Wednesday, May 11, 2011

KUCIN KU ~^_^~.. meeooww..



Comel tak kucing kat atas tu??? Comel kan, comel kan.. (ya kan saja.. hehehe)..
Nama kucin ni COMEL.. aha..Terserlah kecomelannya di situ.. Kot la comel..
Tapi, aku panggil COMEL yang COMOT sebab nya nak tau kenapa..

Ok, cuba perhatikan muka Comel.. Sebelah kiri warna coklat pekat, sebelah warna coklat cair+krim.
 Mata dah la warna biru.. Bila tengok betul-betul, muka Comel macam ni...


Comel ni manja + lincah + suka mendengki.

Bila datang manja Si Comel ni, malas nak layan.. Manja sangat.. hehehe..
Suke dengki dengan 'kawan-kawan' nya yang lain pula tu..
haih.. Pantang nampak kawan tu nak tidur or rehat, mesti nak ajak bergurau..

Ni la gelagat Comel masa tidur..::



Tidur nakal.. Tak reti nak diam..
Hehehe.. Kucing kesayangan aku kebanyakannya warna macam ni.
Chantek..


~akuSAYANGkucinku~


SAYA PUN NAK JADI MACAM ORANG LAIN

Awak gembira dengan dengan kehidupan awak sekarang??



I wanna to make a change in my life..


Dalam hidup ini, kita sepatutnya jangan terlalu merasa yakin bahawa kita sudah cukup sempurna.
Kritikan dan teguran membawa kita kepada satu perubahan yang besar dalam diri sekali gus hidup kita.

Hari ini aku mahu berubah.
Berubah dari sikap + sifat yang lama ke arah yang lebih baik.
Aku ingin melakukan perubahan yang baik dalam diri ku..
Perubahan yang bisa membuat orang disekeliling ku gembira, selesa..
Aku ingin melakukan perubahan agar insan-insan yang aku sayang tersenyum gembira.

Perubahan yang baik akan dapat menjernihkan kekeruhan sesebuah perhubungan..
Perubahan yang baik dapat memekarkan lagi rasa cinta dua insan..
Perubahan yang baik dapat menyuburkan kemesraan dua hati..

Tapi, seeloknya.. Berubah kerana ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..
~^_^~ 



Changing GIRL... ~^_^~