Saturday, December 29, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.. Sentiasa bersyukur atas kesenangan yang telah ALLAH beri
dalam kehidupan seharian kita.
ALLAH tidak akan beri kesusahan melainkan DIA tahu kemampuan jasmani dan
rohani kita untuk menghadapi setiap ujianNYA. Kemampuan IMAN kita diuji.
ALLAH sayang kita sebab itu ALLAH uji kita. Kita perlu bersabar dan hadapi
setiap ujianNYA dengan ikhlas, redha dan bersenang hati.
Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya.

Letter for my future husband


Dear my future husband,

Love Emoticons Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang imam yg makmumnya adalah orang ramai, cukuplah jika engkau mampu mengimamkan aku dan anak2mu. 

Love Emoticons Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki yg menanggung beban tanggungjawab seperti seorang wakil rakyat, cukuplah jika engkau melaksanakan tanggungjawabmu terhadap diriku dan anak2mu.

Love Emoticons Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang saudagar emas yg kaya raya, cukuplah jika engkau mampu membahagiakan diriku dan anak2mu.

Love Emoticons Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki sebaik malaikat, cukuplah jika engkau sentiasa menyayangi diriku dan anak2mu.

Love Emoticons Aku tidaklah sampai mengimpikan dirimu seorang lelaki yg terlalu gentleman, cukuplah jika engkau mampu setia kepadaku.

Love Emoticons Aku tidak mengimpikan dirimu seorang lelaki yg kacak, cukuplah jika aku sentiasa cantik pada pandanganmu.

Yang benar,
-Bakal isterimu..♥ -

Saturday, October 27, 2012

Kepulangan Yang Dimesti


Sekejapnya cuti.. Dah kena balik kolej semula.
Hari Khamis tiba dirumah, Sabtu malam gerak kembali ke Kedah..
Sungguh..perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan.
Walhal, aku hanya duduk bersandar.
Tapi, kematu jua punggung, akibat sejuk yang melampau.

Kesejukan itu menemani lena ku.
Tatkala, hentian menjadi pilihan, dan tika itu aku perlu turun kerana bladder minta
dikosongkan..
Perut juga menyanyi-nyanyi riang minta diisi..
Burger spare menjadi santapan di awal pagi itu..

itulah kisah Si Pengembara..
Pulang ke selatan dan kembali semula ke utara,
itulah perjalanan yang dimestikan.

Sabar la Si Pengembara.
Pergimu untuk menuntut ilmu.
Pulangmu nanti untuk berbakti.
Moga-moga, kau tidak menjadi seperti mereka
diluar sana.
Dikutuk berkilo kerana perkhidmatan tidak memuaskan.
Itulah manusia.
Berjanji tapi tidak ditepati.
" Kami Sedia Membantu".

Perjalanan malam ini sama seperti malam sebelumnya..
Mudah-mudahan aku selamat sampai ke destinasi.
KJMK, wait for me ya.. ^_^...


Thursday, October 25, 2012

Kejutan Yang Mengejutkan


Today, I've got suprised from my family.
 

Samsung S Advance..

aaauuuuuwwwww.. my dreams come true..
thanks Umi and Abah for the special present...
Really LOVE it..

I've two lovely BABy now... ^_^v


p/s :: time they buy this, they just send me a picture..
        owh...never think that they will buy this for me..
        hahahaha...haaaaappy sangat.. SPEECHLESS..

Friday, October 5, 2012

SALAHKAH??

Niat hati ingin berkongsi saje..
Meluahkan apa yang ingin diceritakan..
Mencuri masa, membuang masa..
Si Pendengar yang setia..

Salahkah bercerita?
Berkongsi rasa..
Ingin menghapus rasa kecewa,
tapi,
kecewa itu jua masih bertakhta..

Bukan itu yang ku harap..
Cukuplah sekadar perhatianmu..
Maaf andai ku mencuri masa mu..
Maaf andai ku buang masa mu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDENGARKAN KU...

Friday, September 28, 2012

KESABARAN KU TERBATAS..


Susah bila kita nak marah pada orang yang rapat dengan kita..

Sukar untuk kita marah pada orang yang kite sayang..

Hanya ALLAH yang tahu betapa sukarnya hati ini menahan api kemarahan
dari bermaharajalela di hati..

Tak mudah untuk menjadi seorang insan yang tinggi kesabarannya..

Kesabaran ada batasnya..

Tapi, pabila hati tak mampu lagi bertahan, banyak hati yang akan terluka..


Bila marah menguasai,nafsu menghambur segala rasa..
Kewarasan dilontar, akal dianak tirikan..

Kata-kata cacian, makian, sindiran, ungkit-mengungkit biasa terjadi..

Kala ini, akan timbul rasa tak puas hati.. 'AKU aku, dan KAU kau'..

Tiada lagi nada manja selembut bicara, kekasaran menjadi KETUA..

Tika ini, lidah menjadi setajam pedang.. Meruncing menusuk ke dasar hati..

 Terluka hati tak siapa peduli..


Istightifar peneman,. Istighfar juga pemadam kemarakan kemarahan..

Hanya pada ALLAH tempat mengadu..

Minta diperkuat kesabaran dalam diri..



SAYA TERIMA APA ADANYA


..Saya tak boleh jadi macam yang awak nak..

..Sering kali kita terlupa bahawa tak semua yang kita nak kita akan dapat..

..Sering kali kita terlupa bahawa tak semua impian kita akan terpenuhi..

..Sering kita terlupa bahawa bila kita dah terima seseorang tu, kita
juga kene terima kelemahan dan kelebihannya..

..Sering kita terlupa bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan..


.."abang mungkin tak boleh jadi ape yang sayang nak.."
..kite lupe bile kite dah terima dia, kite tak mungkin boleh
                   ubah sepenuhnya diri dia..
..kite tak terima apa kekurangan dia seadanya..
..untuk dia, maaf sebab saya terlupa akan hakikat ini..
..saya terima awak seadanya diri awak..



Tuesday, September 18, 2012

Aaaaarrrgghhhhh....berani kau ye!

Berani kau ye.. Mencemari kesuciannya.. Aaaaaarrrggghhhh..nasib baik aq geli dengan ko.. Kalau tak, aq pijak-pijak dah ko..
Kulim: Seekor anak cicak telah mencemari 'kesucian' eyeshadow seorang budak comot budak comel. Kejadian berlaku didalam bilik T02-** di sebuah kolej jururawat di sini. Anak cicak nakal tersebut didapati telah bermain-main di kawasan alat solek budak comel berkenaan. " Saya dah cuba halau anak cicak tu, tapi tetibe je anak cicak tu lari masuk dalam kotak eyeshadow saya. Pastu tak boleh nak keluar",kata budak comot comel tersebut.

        Akibatnya, eyeshadow tersebut terpaksa dibuang sebab anak cicak tu dah dok bertapa dalam kotak tu 2 hari.. hmmmmm..tak mati pulak ye anak cicak tu dok lame-lame dalam tu.

        Seriuosly aq geli dengan cicak.. Trauma sebab pernah sekali mase kat rumah, dalam sup ayam aq ada cicak. Tau la umi masak sup tu sedap. 'dia' pun sibok nak berenang dalam sup tu.. Eeeiiiii,,,geli sangat.. 

        Kepada cicak-cicak di MALAYSIA.. Tolong jauhi aq.. 


p/s :: jangangedixsangatlakau... =.=

Sunday, September 16, 2012

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia

Salam 1 Malaysia..!!!
Selamat Hari Malaysia saya ucapkan kepada seluruh warganegara Malaysia..
Bersamalah kita menjaga keharmonian, kemakmuran dan ketenangan negara kita..
Dan, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengamalkan sikap yang positif agar kesejahteraan negara
kita terjamin..
1 TEKAD..
1 WAWASAN..
1 MALAYSIA..
p/s :: sayang negara macam kite sayang diri kite

Friday, September 14, 2012

LULUS EXAM ^_^v



Hai, lame dah rasenye meninggalkan blog ni.. Ketandusan idea dan ketiadaan kemudahan internet membuatkan semuanya tak menjadi..

Now, dah sem 3.. Dah setahun setengah aku berada di sini.. ALhamdulillah, aku dan rakan2 yang lain pass Ujian 14 bulan.. Ujian ni kira macam tapisan la sebab kalau tak pass for the first exam, boleh repeat..tapi, kalau tak pass gak, kene la kemas baju, angkat beg balik rumah... Malu ooooo kalau kene macam tu..



Sekarang, saya boleh meneruskan perjalanan saya untuk berjaya.. Tak lama pun lagi, setahun je lagi..
Kepada kawan-kawan semua, doakan saya berjaya and good luck to all of you..

(^_^v chill!!

Saturday, April 21, 2012

MALAYSIA INOVASI



Hari nak share dengan semua lirik lagu "MALAYSIA INOVASI".
Jadi tau lagu ni sebab kena nyanyi untuk koir mase perhimpunan kat kolej.. hehe.. 
Maybe late siket tau pasal lagu ni, tapi takpe la.. sekurang-kurangnye tau la kan..


MALAYSIA INOVATIF MENERAJU INOVASI
MALAYSIA INOVATIF PEMACU EKONOMI
MALAYSIA INOVATIF TINGKATKAN KEMAHIRAN
MALAYSIA INOVATIF MENCIPTAKAN KEKAYAAN.

RAIKANLAH KREATIVITI
BUDAYAKANLAH INOVASI
TINGGI BUDI DAYA PEKERTI
HARUM NAMA IBU PERTIWI.

MALAYSIA INOVATIF MENERAJU INOVASI
MALAYSIA INOVATIF PEMACU EKONOMI
MALAYSIA INOVATIF NEGARA PROGRESIF
MALAYSIA KREATIF MEMBINA PRODUKTIVITI.

RAIKANLAH KREATIVITI
BUDAYAKANLAH INOVASI
TINGKANLAH KUALITI
HARUM NAMA IBU PERTIWI.

MALAYSIA INOVATIF PENERAJU INOVASI
MALAYSIA INOVATIF MERAIKAN KREATIVITI..

p/s :: best sangat lagu nih.. ",

Friday, April 20, 2012

TEMAN TERBAIK KU.. ^_^


Assalamualaikum kawan-kawan..
 Penat jugak kan bersihkan sawang-sawang dalam blog ni.. hai.. maklum la. Dah lame rasenye tak menjengah blog kesayangan ni.. 

Kesuntukan waktu + takde lappy = Blog penuh sawang..

Diam tak diam, dah 9 bulan aku kat kolej nih.. Banyak la perkara yang terjadi sepanjang keberadaan aku kat sini.. Kawan-kawan aku pon ok je.. Alhamdulillah..orang kate sekepala la. Senang nak masuk. Setakat terasa hati tu perkara biasa dalam persahabatan. Tapi tak pernah la pulak sampai kes gaduh tarik-tarik rambut, bercakar bagai kucing rebut bini tu..hehehehe... Well, ni la kawan-kawan aku kat sini.. So far, ok saje.. 


MY BEST FRIENDS =)


MY BEST GROUPs

p/s :: just think posotif..insyaALLAH, persahabatan tu akan kekal utuh ^_^..
~~CHILL~~