Monday, April 25, 2011

TENTANG CHINTA



" CINTA ITU DATANG & PERGI..
TAK TENTU ARAH..
MENGALIR SEPERTI AIR..
TAK PERNAH TERDUGA..

MEMBAWA KESENANGAN..
SAAT DIA MUNCUL..
MEMBAWA KESEDIHAN..
SAAT DIA PERGI.."

JANGAN PERNAH KAU TANGISI CINTA,
KERANA DIA AKAN KEMBALI...






SEKARANG NI, KALAU TANYA INSAN-INSAN DI LUAR SANA YANG SEDANG HANGAT BERCINTA, JAWAPAN SEMUA BERBEZA. (saya rasa la. xpenah buat temuramah pun)..ADA YANG KATA," EH, BEST LA BERCINTA NI..", ADA YANG KATA, "HURM, NTAH LA. DEPENDS LA PADA PASANGAN KITA TU MACAM MANA", ADA YANG KATA, " TAK BEST LA CINTA-CINTA NI. TERKONGKONG RASA".. TU ORANG CAKAP, BUKAN AKU YANG CAKAP. TAPI, APA-APA PUN.. MATLAMATNYA TETAP SAMA. MAHU KEKAL..DAN MACAM-MACAM LAGI LA..


TAPI, KITA KENA BAHAWA TAKDIR SETIAP ORANG TU BERBEZA-BEZA. ADA BERCINTA SAKAN, TAPI AKHIRNYA PUTUS.. ADA JUGA YANG BERCINTA SECARA SEDERHANA SAJA, TAPI KEKAL KE JINJANG PELAMIN DAN KE AKHIR HAYAT. SEMUA TU BERGANTUNG PADA HATI MASING-MASING.

KITE BERTEMU DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM KITA BERJUMPA DENGAN ORANG YANG BETUL-BETUL JODOH KITA..

APA-APA PUN, CINTA ALLAH ITULAH SEBAIK CINTA. TIDAK AKAN ADA KEKECEWAAN PADA CINTA-NYA.. SESEORANG ITU TIDAK AKAN TAKUT UNTUK BERCINTA SESAMA INSAN WALAUPUN TELAH DILUKAI KERANA DIA TAHU SEKIRANYA DIRINYA DILUKAI LAGI DIA MASIH ADA CINTA DARI YANG MAHA AGUNG..


 TAKKAN KAU RASA INDAHNYA CINTA, ANDAI TIADA CINTA PADA YANG ESA. JADI, CINTAILAH ALLAH SEBELUM KAMU MENCINTAI DIA... hehehehe...




يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]







~coretan usang hamba yang hina~

Friday, April 22, 2011

BIARKAN AKU MENANGIS




Actually ayat-ayat kat bawah ni aku copy paste je dari group cintaallahcintarasulullah@groups.facebook.com. Tapi, aku dah minta kebenaran tau daripada tuan empunya.. Tak curi...Kebetulan pulak la post tuan empunya ni memang kena dengan situasi yang aku alami sekarang ni..

AWAT RASA NAK NANGIS PLAK NI..~( aku dah nangis dah sebenarnya...hehehehe)

saat diriku lemah tak bertenaga
saat diriku sunyi tak disapa...
saat hatiku sedih dan lara...

yang ku pinta hanya kasihmu ibu...
yang ku damba hanya kasihmu ayah
yang kuharap hanya dirimu yang ku setia...
yang ku mohon hanya kepada yang Berkuasa...

andai diri banyak salah serta silap..
andai akal tak bijak menilai...
andai khilafku buat kalian sedih...
aku mohon ampun dan maaf............

segalanya hanya Allah yang Maha Mengetahui
berikan aku perlindungan dari segala yang menjauhkan diriku dari diriMU...
walau mereka jauh..aku rela...
tapi aku tak sanggup berjauhan dengan KasihMU...Tuhanku..

p/s : penysrah cakap..kalau awak nak nagis...nagis jerrrr..mungkin lepas lepaskan tangisan tu,...awak akan rasa lega...tapi kalau awak buat2 hepi...itu maknanya....awak tipu diri sendiri.....


rasanya...saya dah banyak kali tipu diri sendiri untuk kebahagian orang lain...pada saya...biarkan saya yang bersedih, biarkan hati saya sakit dan merana tetapi orang itu sentiasa bahagia dengan kehendak dan pemikirannya...memang saya kejam pada diri sendiri......biarkan dimatanya saya yang banyak silap dan salah...saya terima segalanya....saya tidak mahu berlawan lagi...saya sudah putus asa...saya sudah tahu, diri sememangnya begitu..~

Kita hanya manusia biasa yang takkan mungkin dapat memuaskan hati semua pihak.. Sedang kepuasan hati sendiri belum terpenuhi, terpaksa berkorban demi kepuasan orang lain..

Demi kebahagiaan orang tersayang, 
aku korbankan hasrat hati... 
Tangisan ku tahan sejak dulu,
pecah jua akhirnya..

Demi melihat kegembiraan orang lain,
cita-cita ku aku lontarkan,
jauh dari hati, jauh dari mimpi,
agar tidak dapat aku kejar lagi,
agar tidak aku temui lagi..

Tangisan tak bisa dilihat,
tapi bisa dirasa..
Tangisan tak bisa didengar,
tapi bisa ditebak..


Saturday, April 16, 2011

My belated besday

My cake!!! Sedap kek ni.. Rasa kopi ada,blueberry ada... ^__^


     Hurm...patut nya story ni di'post' malam semalam, tapi, disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksa la aku menangguhkan hasrat ku untuk menge'post' story.. Apa la posmen lambat..(salah posmen gak ke??)

     Ok2.. Actually besday aku 10 April yang lepas. Tapi, disebabkan adik aku yang kecik sekali ni
Poyo la muke.. my little brother..
Muhammad Akmal Hakimi - 6 years
 besday dia selang 5 hari je, so, sambut la mase besday dy.. That's why la tittle aku kali ni "My Belated Besday"..huhuhu..

Ok la.. Tak ada apa la yang best mase besday aku ni an. Yela, aku bukan kecik lagi yang kene bawak jajan pergi sekolah.. hahaha.. Teringat la pula zaman kecil2 dulu.. Tapi, masa sekolah rendah dulu best sebab kumpul dengan kawan2 yang sambut besday sama bulan dengan aku.. Tak ramai mana pun. 4 orang je.. Yela, bulan 4 kan.. huhuhu... Ha, tp bukan bermakna yang lahir bulan 1 sambut sorang.. hehehe...

Apa yang penting nya, setiap tahun umur bertambah... Mula dari setahun, jadi dua tahun.. 
Mula dari SEMBILAN BELAS (19) tahun, jadi DUA PULUH TAHUN (20).. I tell my loved, "dah nak masok 20 sen dah".. He replied," 20 sen apenye. 20 taon dah. dh tue dh die"... 
OMG!! Sweet 20 you... hahaha...

Perangai masih lagi kebudak-budakan, keanak-anakan.. Macam tak percaya la pulak sekarang dah 20 tahun. Nak tak nak, mahu tak mahu, kena la terima kan. Lumrah kehidupan manusia. Setiap hari semakin bertambah, bukan berkurang. Tapi berat badan lain ea. Adakalanya perlu ditambah, ada kalanya perlu dikurangkan. Keperluan megikut individu.. Ahaks!!

Hadiah??? Hurm....tak banyak yang aku dapat. Tapi, cukup berharga lor for me.. Bagi aku, hadiah tu bukan dilihat pada nilainya, tapi dilihat pada siapa yang menberi. Ha, yang penting bukan my love (couple) tu yang bagi.. hehehehe... Ni my love lain.. She's my lovely mom.. A box of chocolate and Hot Ticket.. hehehehe.. ( Jangan tak tau, Hot Ticket tu amat berharga untuk aku.. hehehe..) Nak tengok hadiahnya?? 

orang yang tengok mungkin ianya hadiah biasa saja, tapi bagi aku, hadiah ni sungguh istimewa.
p/s: my mom buat ni masa pagi 15 April.. mase tu, dia siap kunci pintu bilik takut aku masuk. Tapi tak peduli
pon sebab dok membantai tidur.. hahaha.... Free Icons
Dan, aku tak lupa juga pada kawan2 yang wish besday aku mase 10 April yang lepas.. 
 Paling awal wish : My Frens - Nadzirah & Athirah..
 Paling lambat wish : My ALONG.. hahaha.. xpe lorh.. Yang penting wish..

Yang aku ingat, masa besday aku ni, aku kat hospital.. Sakit pulak. Tak sakit tapi jaga nenek sakit. Tapi,mudah bicaranya..aku tak jaga pun masa kat wad tu. Membantai tidur.. My mom pon sama.. Kalau terjaga tu ada la sebab aku pun tak sihat sangat masa tu. Batuk..(cian la hai)..

Ha..nak tunjuk juga belated besday gurl.. hahaha.. saja mahu mencapup..
Belated Besday gurlz..
(Nursyafiqah - 20 cent/20 years old)
..comeynye.. Free Icons
Hahahaha...Well, special thanx to my mother, Roszeta Binti Wagino and my dad, Suhaimi Bin Sujak.. Love u'll untill jannah...

~with my mom, my brother & my father~
Free Smileys



Sekian.. That's all.... Wassalam...

Monday, April 4, 2011

Kuku (Bahagian 1)

 Hari ni saja nak share serba sedikit pasal kuku..



  Kalau kamu semua mahu tahu, kuku ni merupakan struktur yang separa keras, sedikit runcing dan kuku terletak di hujung jari. (ade ke kuku dia bukan kat hujung jari?? hehehe).

  Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, iaitu sejenis protein keras yang juga boleh ditemui di dalam rambut dan kulit. Kuku tumbuh dan memanjang pada setiap masa. Tapi, kadar pemanjangannya bergantung keada faktor usia, jantina, musim (panas or sejuk), gaya hidup, suhu badan (panas or sejuk), diet dan keturunan. Cuaca yang panas akan mempercepatkan proses pemanjangan kuku berbanding cuaca sejuk.

  Kalau kamu semua nak tahu, kuku tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang 1mm sebulan. Sebab tu korang lebih banyak memotong kuku tangan berbanding kuku kaki.

  Dalam bidang perubatan pula, kuku boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang. Berikut adalah tanda-tanda kerosakan kuku mengikut situasi tertentu:

* Sakit berkaitan hati - menyebabkan kuku anda menjadi putih pucat.
* Sakit buah pinggang - akan menyebabkan kuku terbahagi kepada DUA warna iaitu merah jambu/pink dan putih.
* Sakit jantung - menyebakan 'nail bed (kutikel)' bertukar menjadi warna merah
* Sakit paru-paru - membuatkan kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang.
* Anemia (kurang darah) -menyebabkan kuku berwarna pucat.
* Diabetes - akan menyebabkan kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya. (so, better korang kurang kan makan makanan yang TIDAK/KURANG BERKHASIAT)

*p/s : hurm.. mesti semua tengok kuku lepas baca ni.

 Dalam ISLAM, ada beberapa rahsia dalam memotong kuku.



Rasulullah S. A. W. bersabda : Maksudnya : Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

# Hari Sabtu : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

#Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

# Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

# Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

# Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

# Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

# Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada ALLAH TA'ALA.

Friday, April 1, 2011

Aku dulu dan Adik ku sekarang

Hari aku berpeluang la keluar hantar adik pergi sekolah. Sengaja merajinkan diri keluar sebab sejak jadi penganggur terhormat ni, aku hanya menyembunyikan diri je kat rumah. Almaklumla, anak dara la kata kan. hehehe..( padahal malas nak keluar)..

 Dalam syok2 menunggang motosikal tanpa lesen sah (sebab aku guna Lesen AGONG). Main lenjan je pegi jalan tanpa lesen.. hehehe.. Ala, bukan aku sorang je naik motor tanpa lesen.. Korang pun same jugak kan..( yela tu.. senyum2 tu). Sepanjang perjalanan tu, terlihat la pelajar sekolah yang baru sekolah rendah or menengah rendah mybe menunggang motosikal. Tapi, kadang2 aku respect juga dekat diorang sebab diorang masih lagi memakai topi keledar..(sesetengahnye la aku respect. Sesetengahnya tak sbb adik aku yang dah berlesen tu pun keluar rumah tak pakai topi keledar. Kepala besi agaknya.)

 Then, aku terfikir or terimbau kenangan masa aku kecik2 dulu. Time sekolah rendah dulu. Dulu, aku pergi sekolah agama naik basikal je. Tengah2 panas buta tu,naik basikal. Macam kene panggang rasa. 20 minit juga la nak sampai sekolah tu. Dulu my daddy takdenya nak menghantar aku pergi sekolah. Kecuali hujan je. Best tau pergi sekolah naik basikal. Jalan ramai-ramai dengan kawan2. Sampai je sekolah, huih..jangan cakap la. Basah baju. Tapi, bila time balik pukul 6.30 pm tu, aku la yang paling lambat sampai rumah. Rumah aku jauh sikit berbanding kawan2 yang lain. Biasanya, aku kayuh laju2 time jalan sorang2 tu. Takut tu. hahahaha..

 Tapi sekarang ni.. Aku tengok budak2 pergi sekolah naik motor. Kadang tu aku tengok, kaki terjingkit-jingkit. Tak sampai. Motor lebih  besar dari orang. Bawak motor dah la laju bukan main.. Aku pelik je dengan mak bapak diorang ni. Sanggup mempertaruhkan nyawa anak mereka di jalan raya. Terlebih sayang anak ke?? Walaupun sayang, jangan la terlalu beri kebebasan pada anak. Nanti dah 'terhantuk, baru nak tergadah'. Menyesal kemudian tiada gunanya. Time tu, anda hanya mampu berkata, "alahai anak abah".(macam kat iklan radio Sinar Ffm tu).

Sekadar gambar hiasan..

    ZAMAN DULU YANG TAK BERAPA NAK DULU LA


ZAMAN SEKARANG