Friday, September 28, 2012

KESABARAN KU TERBATAS..


Susah bila kita nak marah pada orang yang rapat dengan kita..

Sukar untuk kita marah pada orang yang kite sayang..

Hanya ALLAH yang tahu betapa sukarnya hati ini menahan api kemarahan
dari bermaharajalela di hati..

Tak mudah untuk menjadi seorang insan yang tinggi kesabarannya..

Kesabaran ada batasnya..

Tapi, pabila hati tak mampu lagi bertahan, banyak hati yang akan terluka..


Bila marah menguasai,nafsu menghambur segala rasa..
Kewarasan dilontar, akal dianak tirikan..

Kata-kata cacian, makian, sindiran, ungkit-mengungkit biasa terjadi..

Kala ini, akan timbul rasa tak puas hati.. 'AKU aku, dan KAU kau'..

Tiada lagi nada manja selembut bicara, kekasaran menjadi KETUA..

Tika ini, lidah menjadi setajam pedang.. Meruncing menusuk ke dasar hati..

 Terluka hati tak siapa peduli..


Istightifar peneman,. Istighfar juga pemadam kemarakan kemarahan..

Hanya pada ALLAH tempat mengadu..

Minta diperkuat kesabaran dalam diri..



SAYA TERIMA APA ADANYA


..Saya tak boleh jadi macam yang awak nak..

..Sering kali kita terlupa bahawa tak semua yang kita nak kita akan dapat..

..Sering kali kita terlupa bahawa tak semua impian kita akan terpenuhi..

..Sering kita terlupa bahawa bila kita dah terima seseorang tu, kita
juga kene terima kelemahan dan kelebihannya..

..Sering kita terlupa bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan..


.."abang mungkin tak boleh jadi ape yang sayang nak.."
..kite lupe bile kite dah terima dia, kite tak mungkin boleh
                   ubah sepenuhnya diri dia..
..kite tak terima apa kekurangan dia seadanya..
..untuk dia, maaf sebab saya terlupa akan hakikat ini..
..saya terima awak seadanya diri awak..



Tuesday, September 18, 2012

Aaaaarrrgghhhhh....berani kau ye!

Berani kau ye.. Mencemari kesuciannya.. Aaaaaarrrggghhhh..nasib baik aq geli dengan ko.. Kalau tak, aq pijak-pijak dah ko..
Kulim: Seekor anak cicak telah mencemari 'kesucian' eyeshadow seorang budak comot budak comel. Kejadian berlaku didalam bilik T02-** di sebuah kolej jururawat di sini. Anak cicak nakal tersebut didapati telah bermain-main di kawasan alat solek budak comel berkenaan. " Saya dah cuba halau anak cicak tu, tapi tetibe je anak cicak tu lari masuk dalam kotak eyeshadow saya. Pastu tak boleh nak keluar",kata budak comot comel tersebut.

        Akibatnya, eyeshadow tersebut terpaksa dibuang sebab anak cicak tu dah dok bertapa dalam kotak tu 2 hari.. hmmmmm..tak mati pulak ye anak cicak tu dok lame-lame dalam tu.

        Seriuosly aq geli dengan cicak.. Trauma sebab pernah sekali mase kat rumah, dalam sup ayam aq ada cicak. Tau la umi masak sup tu sedap. 'dia' pun sibok nak berenang dalam sup tu.. Eeeiiiii,,,geli sangat.. 

        Kepada cicak-cicak di MALAYSIA.. Tolong jauhi aq.. 


p/s :: jangangedixsangatlakau... =.=

Sunday, September 16, 2012

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia

Salam 1 Malaysia..!!!
Selamat Hari Malaysia saya ucapkan kepada seluruh warganegara Malaysia..
Bersamalah kita menjaga keharmonian, kemakmuran dan ketenangan negara kita..
Dan, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengamalkan sikap yang positif agar kesejahteraan negara
kita terjamin..
1 TEKAD..
1 WAWASAN..
1 MALAYSIA..
p/s :: sayang negara macam kite sayang diri kite

Friday, September 14, 2012

LULUS EXAM ^_^v



Hai, lame dah rasenye meninggalkan blog ni.. Ketandusan idea dan ketiadaan kemudahan internet membuatkan semuanya tak menjadi..

Now, dah sem 3.. Dah setahun setengah aku berada di sini.. ALhamdulillah, aku dan rakan2 yang lain pass Ujian 14 bulan.. Ujian ni kira macam tapisan la sebab kalau tak pass for the first exam, boleh repeat..tapi, kalau tak pass gak, kene la kemas baju, angkat beg balik rumah... Malu ooooo kalau kene macam tu..



Sekarang, saya boleh meneruskan perjalanan saya untuk berjaya.. Tak lama pun lagi, setahun je lagi..
Kepada kawan-kawan semua, doakan saya berjaya and good luck to all of you..

(^_^v chill!!