Showing posts with label CHERITaku. Show all posts
Showing posts with label CHERITaku. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Kejutan Yang Mengejutkan


Today, I've got suprised from my family.
 

Samsung S Advance..

aaauuuuuwwwww.. my dreams come true..
thanks Umi and Abah for the special present...
Really LOVE it..

I've two lovely BABy now... ^_^v


p/s :: time they buy this, they just send me a picture..
        owh...never think that they will buy this for me..
        hahahaha...haaaaappy sangat.. SPEECHLESS..

Tuesday, September 18, 2012

Aaaaarrrgghhhhh....berani kau ye!

Berani kau ye.. Mencemari kesuciannya.. Aaaaaarrrggghhhh..nasib baik aq geli dengan ko.. Kalau tak, aq pijak-pijak dah ko..
Kulim: Seekor anak cicak telah mencemari 'kesucian' eyeshadow seorang budak comot budak comel. Kejadian berlaku didalam bilik T02-** di sebuah kolej jururawat di sini. Anak cicak nakal tersebut didapati telah bermain-main di kawasan alat solek budak comel berkenaan. " Saya dah cuba halau anak cicak tu, tapi tetibe je anak cicak tu lari masuk dalam kotak eyeshadow saya. Pastu tak boleh nak keluar",kata budak comot comel tersebut.

        Akibatnya, eyeshadow tersebut terpaksa dibuang sebab anak cicak tu dah dok bertapa dalam kotak tu 2 hari.. hmmmmm..tak mati pulak ye anak cicak tu dok lame-lame dalam tu.

        Seriuosly aq geli dengan cicak.. Trauma sebab pernah sekali mase kat rumah, dalam sup ayam aq ada cicak. Tau la umi masak sup tu sedap. 'dia' pun sibok nak berenang dalam sup tu.. Eeeiiiii,,,geli sangat.. 

        Kepada cicak-cicak di MALAYSIA.. Tolong jauhi aq.. 


p/s :: jangangedixsangatlakau... =.=

Sunday, May 22, 2011

KECIWA UNTUK KESEKIAN KALINYA


sky is crying..like me.. huhuhu..
huuuuaaaa..... (nangis ni..dalam hati.. dah banjir dah)..

Kecewa untuk kesekian kalinya.. huh... Takpe la. Nak buat macam mana kan. Dah takde rezekinya ke situ..
Terima saje la dengan redha.. huhu.. Walau macam mana pun, terima kasih untuk Si Dia sebab dengan sabarnya tolong check kan MeDSI..huhuhu.. Balik-balik kelas dah tolong checkkan.. huih.. Cian dye..
Lepas tu, sambung pulak semalam petang.. Still not available laman upu tu.. (haih..bikin suspen ja). Lastly, malam tadi boleh dah check. Hahaha..tak dapat pun.. (Bukan tak mau check sendiri, tapi, aku masih dalam perjalanan pulang dari menghantar adik tercinta ke UiTM Dungun, Terengganu)..

Dan terima kasih jugak pada ALONG aku tu ha.. Nak tolong check kan.. Haaa..jgn tak percaya. Ramai yang tolong checkkan aku punya keputusan MEDSI tu.. hehe..

Aku check pagi tadi, for the last.. Nak puaskan hati sendiri. Bukan tak puas hati orang check kan, tapi nak la tengok apa ayat yang ada kat laman upu tu bila tak tersenarai untuk temuduga.. Aku ketawa dalam duka baca nya pagi tadi. huhu...

Nak buat macam mana kan, bukan rezeki aku kat situ.. Rezeki aku ada kat tempat lain agaknya.. Kata kawanku, "yang baik datang lambat maa".. aha.. Lambat tu lambat sangat la. Kejap lagi tau la rezeki aku kat mana..

Btw, still chill + cool.. v(^_^)..

Wednesday, May 11, 2011

SAYA PUN NAK JADI MACAM ORANG LAIN

Awak gembira dengan dengan kehidupan awak sekarang??



I wanna to make a change in my life..


Dalam hidup ini, kita sepatutnya jangan terlalu merasa yakin bahawa kita sudah cukup sempurna.
Kritikan dan teguran membawa kita kepada satu perubahan yang besar dalam diri sekali gus hidup kita.

Hari ini aku mahu berubah.
Berubah dari sikap + sifat yang lama ke arah yang lebih baik.
Aku ingin melakukan perubahan yang baik dalam diri ku..
Perubahan yang bisa membuat orang disekeliling ku gembira, selesa..
Aku ingin melakukan perubahan agar insan-insan yang aku sayang tersenyum gembira.

Perubahan yang baik akan dapat menjernihkan kekeruhan sesebuah perhubungan..
Perubahan yang baik dapat memekarkan lagi rasa cinta dua insan..
Perubahan yang baik dapat menyuburkan kemesraan dua hati..

Tapi, seeloknya.. Berubah kerana ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..
~^_^~ 



Changing GIRL... ~^_^~

Friday, April 22, 2011

BIARKAN AKU MENANGIS




Actually ayat-ayat kat bawah ni aku copy paste je dari group cintaallahcintarasulullah@groups.facebook.com. Tapi, aku dah minta kebenaran tau daripada tuan empunya.. Tak curi...Kebetulan pulak la post tuan empunya ni memang kena dengan situasi yang aku alami sekarang ni..

AWAT RASA NAK NANGIS PLAK NI..~( aku dah nangis dah sebenarnya...hehehehe)

saat diriku lemah tak bertenaga
saat diriku sunyi tak disapa...
saat hatiku sedih dan lara...

yang ku pinta hanya kasihmu ibu...
yang ku damba hanya kasihmu ayah
yang kuharap hanya dirimu yang ku setia...
yang ku mohon hanya kepada yang Berkuasa...

andai diri banyak salah serta silap..
andai akal tak bijak menilai...
andai khilafku buat kalian sedih...
aku mohon ampun dan maaf............

segalanya hanya Allah yang Maha Mengetahui
berikan aku perlindungan dari segala yang menjauhkan diriku dari diriMU...
walau mereka jauh..aku rela...
tapi aku tak sanggup berjauhan dengan KasihMU...Tuhanku..

p/s : penysrah cakap..kalau awak nak nagis...nagis jerrrr..mungkin lepas lepaskan tangisan tu,...awak akan rasa lega...tapi kalau awak buat2 hepi...itu maknanya....awak tipu diri sendiri.....


rasanya...saya dah banyak kali tipu diri sendiri untuk kebahagian orang lain...pada saya...biarkan saya yang bersedih, biarkan hati saya sakit dan merana tetapi orang itu sentiasa bahagia dengan kehendak dan pemikirannya...memang saya kejam pada diri sendiri......biarkan dimatanya saya yang banyak silap dan salah...saya terima segalanya....saya tidak mahu berlawan lagi...saya sudah putus asa...saya sudah tahu, diri sememangnya begitu..~

Kita hanya manusia biasa yang takkan mungkin dapat memuaskan hati semua pihak.. Sedang kepuasan hati sendiri belum terpenuhi, terpaksa berkorban demi kepuasan orang lain..

Demi kebahagiaan orang tersayang, 
aku korbankan hasrat hati... 
Tangisan ku tahan sejak dulu,
pecah jua akhirnya..

Demi melihat kegembiraan orang lain,
cita-cita ku aku lontarkan,
jauh dari hati, jauh dari mimpi,
agar tidak dapat aku kejar lagi,
agar tidak aku temui lagi..

Tangisan tak bisa dilihat,
tapi bisa dirasa..
Tangisan tak bisa didengar,
tapi bisa ditebak..


Saturday, April 16, 2011

My belated besday

My cake!!! Sedap kek ni.. Rasa kopi ada,blueberry ada... ^__^


     Hurm...patut nya story ni di'post' malam semalam, tapi, disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksa la aku menangguhkan hasrat ku untuk menge'post' story.. Apa la posmen lambat..(salah posmen gak ke??)

     Ok2.. Actually besday aku 10 April yang lepas. Tapi, disebabkan adik aku yang kecik sekali ni
Poyo la muke.. my little brother..
Muhammad Akmal Hakimi - 6 years
 besday dia selang 5 hari je, so, sambut la mase besday dy.. That's why la tittle aku kali ni "My Belated Besday"..huhuhu..

Ok la.. Tak ada apa la yang best mase besday aku ni an. Yela, aku bukan kecik lagi yang kene bawak jajan pergi sekolah.. hahaha.. Teringat la pula zaman kecil2 dulu.. Tapi, masa sekolah rendah dulu best sebab kumpul dengan kawan2 yang sambut besday sama bulan dengan aku.. Tak ramai mana pun. 4 orang je.. Yela, bulan 4 kan.. huhuhu... Ha, tp bukan bermakna yang lahir bulan 1 sambut sorang.. hehehe...

Apa yang penting nya, setiap tahun umur bertambah... Mula dari setahun, jadi dua tahun.. 
Mula dari SEMBILAN BELAS (19) tahun, jadi DUA PULUH TAHUN (20).. I tell my loved, "dah nak masok 20 sen dah".. He replied," 20 sen apenye. 20 taon dah. dh tue dh die"... 
OMG!! Sweet 20 you... hahaha...

Perangai masih lagi kebudak-budakan, keanak-anakan.. Macam tak percaya la pulak sekarang dah 20 tahun. Nak tak nak, mahu tak mahu, kena la terima kan. Lumrah kehidupan manusia. Setiap hari semakin bertambah, bukan berkurang. Tapi berat badan lain ea. Adakalanya perlu ditambah, ada kalanya perlu dikurangkan. Keperluan megikut individu.. Ahaks!!

Hadiah??? Hurm....tak banyak yang aku dapat. Tapi, cukup berharga lor for me.. Bagi aku, hadiah tu bukan dilihat pada nilainya, tapi dilihat pada siapa yang menberi. Ha, yang penting bukan my love (couple) tu yang bagi.. hehehehe... Ni my love lain.. She's my lovely mom.. A box of chocolate and Hot Ticket.. hehehehe.. ( Jangan tak tau, Hot Ticket tu amat berharga untuk aku.. hehehe..) Nak tengok hadiahnya?? 

orang yang tengok mungkin ianya hadiah biasa saja, tapi bagi aku, hadiah ni sungguh istimewa.
p/s: my mom buat ni masa pagi 15 April.. mase tu, dia siap kunci pintu bilik takut aku masuk. Tapi tak peduli
pon sebab dok membantai tidur.. hahaha.... Free Icons
Dan, aku tak lupa juga pada kawan2 yang wish besday aku mase 10 April yang lepas.. 
 Paling awal wish : My Frens - Nadzirah & Athirah..
 Paling lambat wish : My ALONG.. hahaha.. xpe lorh.. Yang penting wish..

Yang aku ingat, masa besday aku ni, aku kat hospital.. Sakit pulak. Tak sakit tapi jaga nenek sakit. Tapi,mudah bicaranya..aku tak jaga pun masa kat wad tu. Membantai tidur.. My mom pon sama.. Kalau terjaga tu ada la sebab aku pun tak sihat sangat masa tu. Batuk..(cian la hai)..

Ha..nak tunjuk juga belated besday gurl.. hahaha.. saja mahu mencapup..
Belated Besday gurlz..
(Nursyafiqah - 20 cent/20 years old)
..comeynye.. Free Icons
Hahahaha...Well, special thanx to my mother, Roszeta Binti Wagino and my dad, Suhaimi Bin Sujak.. Love u'll untill jannah...

~with my mom, my brother & my father~
Free Smileys



Sekian.. That's all.... Wassalam...

Wednesday, March 30, 2011

Impian tak kesampaian

Citer ni bermula selepas aku dapat panggilan daripada Pn Hidayah.. ( orang HR kat Hospital Pakar Puteri)..
Aku dapat call pada 21 Mac 2011..pukul...hm..xmain la pukul-pukul. sakit tau..hehehe.. i've got the call around 2 pm. Baru je nak melabuhkan tirai, untuk menamatkan keletihan hidup lepas buat kerja-kerja di rumah.. (kacau line je). Dalam angan dan sedar, aku jawab la tepon. Perbualan bermula dan berakhir tak lama pastu. (perbualan tak direkodkan. so, tak masok dalam ni).hehehe...Free Avatars.. Pastu, aku tunggu la mak aku balik petang tu. Bincang punya bincang punya bincang.. Esoknya pegi dorang hantar kan. Yela jao tu..

22 Mac 2011, at 11 o'clock kitorang gerak g ke Hospital pakar Puteri. Dalam perjalanan yang 'jao'tu, sempat g snap pic.. hehehe...

Dipendekkan citer, kol 2.30 bermula sesi intebiu. Aku orang first tu. Dan dipendekkan citer, di akhir perbualan or sesi intebiu tu.. Berkatalah Si Penemuduga tersebut.." Maaf Nursyafiqah, awak tak diterima. Bagi kami, lebih baik awak tunggu panggilan universiti dulu. Keputusan STPM awk elok. Awak pandai. Awak ada peluang untuk sambung belajar. Sebab kami nak yang permanent". Hati ku berkata, " xpelah". Bila dah penemuduga cakap macam tu, aku hanya mampu tersenyum. Takkan aku nak menangis lak walaupun aku rasa keciwa cangat.. Hati aku je yang menangis.Sad Smileys..
Keluar je dari bilik HR, aku jumpa mak aku. Masih boleh tersenyum dan mengatakan,aku tak dapat kerja tu. Ha, untuk makluman semua, kerja yang aku mohon ni Clinic Assistant. Kata my mom, dah xdapat nak buat macam mana. Takpe la. 
Actually aku kesian kat parents aku. susah susah hantar aku, jauh-jauh hantar aku ke Larkin Utama Condominium tu, tetibe jek aku tak dapat. Memang la dorang tak tunjuk, tapi sendiri fikir la kan. Takde rezeki nak buat macam mana kan.. Redha je la.

Tapi, walau macam mana keciwa hatiku, aku sempat snap pic...Free Smileys

Nampak sedih ke??

Well,ini la CHERITaku..


Thursday, February 24, 2011

kerja lagi

Hari ni ku bermula di tempat kerja baru..
huhuhu..penat la seyh...
sekarang ku kerja di MARRYBROWN Pengerang..
ok la.. dekat dengan rumah kan..
kerje bahagian kitchen..
memang penat..sabar je la..
1st day kan...
huhuhu...
hope dapat bertahan lama... hahahaa...

Saturday, January 15, 2011

CHERITA budak baru kerja

waaaaaaaaaaaaahh!! rindu sangat rasanya mahu meluah rasa di sini.. almaklumla,. nak dekat 2 minggu papan kekunci tidak ku ketuk..

 well, now I want to story mory about my new jobs... hehehehe... sekarang aku kerja kat JOHOR.. keje kilang je. tpi, at least ada gak keje.. cari pengalaman bergelar MINAH KILANG. bukan hina sangat dapat gelaran tu. yela. dari dok je kat umah. dapat gelaran ok la kan, PENGANGGUR TERHORMAT. hormat sangat ke??? kenapa takde gelaran MINAH or MAT untuk penganggur macam tu... huh..confiuse, confiuse. jangan kata keje kilang takde standard la. kalau takde pekerje2 kilang ni. kita takdenye dapat minum air dalam kotak tu. takdenye komputer yang akan terhasil. memang mesin yang buat. tapi sape yang buat mesin tu kan.. fikir-fikir la. tukar mind set anda..

 hahaha..panjang pulak ceramah aku yek.. sebenarnye, aku nak cerita perasaan and pengalaman aku sepanjang bekerja di sana. masok ni nak dekat 2 minggu gak la aku merantau ke Johor tu. macam sekejap je rase..

 baru 1 hari kat sane, aku dah nangis2 nak balik. tu la aku. lagi sebab kat kilang and umah yang aku duduk ni takde orang Johor.. seme Kelantan. pasni meme fasih ghoyak Kelate la.. hahaha... susah nak biasakan diri. ni la padahnye kalau budak manja.. ni baru kerje,masih dalam Johor. belum lagi belajar ke Sabah Sarawak nu.. tak tw la macam mane aku nanti.(kalau da rezki la. INSYAALLAH).

 tapi, dah 2 minggu aku dengan dorang. aku rasa selesa dah. cuma rasa bosan je la dengan keje yang aku buat ni. hari2 same je. cume saiz je yang berbeza.. bosan gak ngadap bende yang same je kan. kejenye memang tak berape nak susah.duduk je wat keje. tapi, tangan memang lenguh.. sakit oooow belikat.. kalau kat umah, boleh mintak tolong adek2 or my mom urut kan, kat sana sapa da.. kene la wat sendiri.. hurm...
ingin gak cari kerje kat sini, tapi masalah tempat tinggal. kalau tmpat tinggal da, xde masalah punya.. bereh...

 ni pon tak tau lagi la macam mane. sama da nak stay or nak stop. kalau xdapat keje laen, aku stay je la. aku dah rasa selesa.. rasa sayang lak nak tinggalkan dorang.. hahahaha..winkwink...

 factory names: SEKSUN( membuat barang daripada besi).
 tarikh masok kerja: 5 Januari 2011.
 perasaan: gementar + sedih + excited+ happy = bercampur baur.

Saturday, January 1, 2011

PERJALANAN 2011

Well,perjalanan untuk tahun 2011 bermula.. Aq still lagi dok umah.
Sambil-sambil tu tolong la ape-ape yang patut kat umah ni..
Masak, basuh baju, kemas umah.. ala-ala suri rumah gitu.
Xpela kan. belajar untuk mase depan nanti..hehehe..
Gatai...

Search for "JAWATAN KOSONG"...
till now, nehi berita he.. Hp masih menyepi..
Nehi call he,.. nehi message he...
aku rase macam nak nangis he...

Takpe-takpe.. My journey has just begun..
So, I'll not give up before trying..
Go! Go! Chaiyok!!!
I believe ALLAH always with me and those who believe ALLAH..
So,we must always pray to ALLAH for mercy.
ALLAH will help us..


Wednesday, December 29, 2010

gOT NEW WORK

                Sejak-sejak jadi penanam anggur yang berjaya ni, aku terasa "bangga" yang teramat la pulak.yela.. usaha yang aku jalankan ni pon tak perlukan peluh yang banyak keluar. Jimat air la.. hehehehe...
               Tapinye, usaha aku ni langsung tak memberikan hasil yang membanggakan aku.Income xde.. Wallet aku semakin mengempis.. Beli barang terpaksa "bertapis"..huaaaaaaaaa.. macamane ni... xde ke sape-sape yang nak ambik aku jadi pekerje mereka..???
what do you think? leave your comment,please..

Thursday, December 2, 2010

my new "BABY"!

wah..wah...1 DECEMBER 2010...
special day for me...
i got new "BABY"!! 
owh gosh..i can't believe it...
mana tak nye, BABY yang lama tu dah x boleh guna dah..
semalam cuma rosak speaker je..
hari ni, screen lak..merajuk la tu...
huhuhuhu...
orang kat kedai tu cakap, ni limited edition punye.
ntah la..i don't know la. tpi y pasti, uncle bagi less..
hehehe..senyum sampai telinga...
to my old baby, I still loving you...
to my new baby, I love u more la...hehehe..
special to my parent coz sudi belikan..
dah keje t baru pay back..hehehe...