Sunday, June 26, 2011

JAWATAN KOSONG :: SYARAT TEMUDUGA TERTUTUP



Anda masih tercari-cari pekerjaan untuk kehidupan anda pada masa akan datang??
Di sini ada beberapa kekosongan jawatan untuk anda isi..

IKLAN JAWATAN KOSONG

Orang ramai akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian..
KEKOSONGAN JAWATAN
a) Ahli syurga dari awal
b) Ahli neraka awal
c) Ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga..


4 GANJARAN LUMAYAN ( KHAS UNTUK JAWATAN )
1. nikmat kubur
2. perlindungan di padang masyar
3. keselamatan meniti titian sirat
4. syurga yang kekal abadi..


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur ( alam barzakh..)


KELAYAKAN:
1. Anda tak perlu bawa sijil-sijil
2. anda tak perlu bawa pingat
3. anda tak perlu bawa wang 2@ harta yang banyak
4. anda tak perlu berupa paras cantik, kacak, berbadab tegap dan seksi
5. sila bawa dokumen asal (iman dan amal)

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR:
1. siapa tuhan anda?
2. apa agama anda?
3. siapa nabi anda?
4. apa kitab anda ?
5.dimana kiblat anda?
6.siapa saudara anda ?

CARA MEMOHON:
- anda cuma perlu menunggu pejemput yang berkaliber menjemput anda pada bila-bila sahaja (mungkin sekejap lagi). ia akan berlembut dan bengis kepada orang tertentu . ia diberi nama Izrail..

TALIAN SAMBUNGAN:
- 24434

Pesanan Penganjur :: as solah..

No comments:

Post a Comment