Monday, April 4, 2011

Kuku (Bahagian 1)

 Hari ni saja nak share serba sedikit pasal kuku..



  Kalau kamu semua mahu tahu, kuku ni merupakan struktur yang separa keras, sedikit runcing dan kuku terletak di hujung jari. (ade ke kuku dia bukan kat hujung jari?? hehehe).

  Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, iaitu sejenis protein keras yang juga boleh ditemui di dalam rambut dan kulit. Kuku tumbuh dan memanjang pada setiap masa. Tapi, kadar pemanjangannya bergantung keada faktor usia, jantina, musim (panas or sejuk), gaya hidup, suhu badan (panas or sejuk), diet dan keturunan. Cuaca yang panas akan mempercepatkan proses pemanjangan kuku berbanding cuaca sejuk.

  Kalau kamu semua nak tahu, kuku tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang 1mm sebulan. Sebab tu korang lebih banyak memotong kuku tangan berbanding kuku kaki.

  Dalam bidang perubatan pula, kuku boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang. Berikut adalah tanda-tanda kerosakan kuku mengikut situasi tertentu:

* Sakit berkaitan hati - menyebabkan kuku anda menjadi putih pucat.
* Sakit buah pinggang - akan menyebabkan kuku terbahagi kepada DUA warna iaitu merah jambu/pink dan putih.
* Sakit jantung - menyebakan 'nail bed (kutikel)' bertukar menjadi warna merah
* Sakit paru-paru - membuatkan kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang.
* Anemia (kurang darah) -menyebabkan kuku berwarna pucat.
* Diabetes - akan menyebabkan kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya. (so, better korang kurang kan makan makanan yang TIDAK/KURANG BERKHASIAT)

*p/s : hurm.. mesti semua tengok kuku lepas baca ni.

 Dalam ISLAM, ada beberapa rahsia dalam memotong kuku.



Rasulullah S. A. W. bersabda : Maksudnya : Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

# Hari Sabtu : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

#Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

# Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

# Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

# Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

# Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

# Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada ALLAH TA'ALA.

No comments:

Post a Comment