Friday, April 1, 2011

Aku dulu dan Adik ku sekarang

Hari aku berpeluang la keluar hantar adik pergi sekolah. Sengaja merajinkan diri keluar sebab sejak jadi penganggur terhormat ni, aku hanya menyembunyikan diri je kat rumah. Almaklumla, anak dara la kata kan. hehehe..( padahal malas nak keluar)..

 Dalam syok2 menunggang motosikal tanpa lesen sah (sebab aku guna Lesen AGONG). Main lenjan je pegi jalan tanpa lesen.. hehehe.. Ala, bukan aku sorang je naik motor tanpa lesen.. Korang pun same jugak kan..( yela tu.. senyum2 tu). Sepanjang perjalanan tu, terlihat la pelajar sekolah yang baru sekolah rendah or menengah rendah mybe menunggang motosikal. Tapi, kadang2 aku respect juga dekat diorang sebab diorang masih lagi memakai topi keledar..(sesetengahnye la aku respect. Sesetengahnya tak sbb adik aku yang dah berlesen tu pun keluar rumah tak pakai topi keledar. Kepala besi agaknya.)

 Then, aku terfikir or terimbau kenangan masa aku kecik2 dulu. Time sekolah rendah dulu. Dulu, aku pergi sekolah agama naik basikal je. Tengah2 panas buta tu,naik basikal. Macam kene panggang rasa. 20 minit juga la nak sampai sekolah tu. Dulu my daddy takdenya nak menghantar aku pergi sekolah. Kecuali hujan je. Best tau pergi sekolah naik basikal. Jalan ramai-ramai dengan kawan2. Sampai je sekolah, huih..jangan cakap la. Basah baju. Tapi, bila time balik pukul 6.30 pm tu, aku la yang paling lambat sampai rumah. Rumah aku jauh sikit berbanding kawan2 yang lain. Biasanya, aku kayuh laju2 time jalan sorang2 tu. Takut tu. hahahaha..

 Tapi sekarang ni.. Aku tengok budak2 pergi sekolah naik motor. Kadang tu aku tengok, kaki terjingkit-jingkit. Tak sampai. Motor lebih  besar dari orang. Bawak motor dah la laju bukan main.. Aku pelik je dengan mak bapak diorang ni. Sanggup mempertaruhkan nyawa anak mereka di jalan raya. Terlebih sayang anak ke?? Walaupun sayang, jangan la terlalu beri kebebasan pada anak. Nanti dah 'terhantuk, baru nak tergadah'. Menyesal kemudian tiada gunanya. Time tu, anda hanya mampu berkata, "alahai anak abah".(macam kat iklan radio Sinar Ffm tu).

Sekadar gambar hiasan..

    ZAMAN DULU YANG TAK BERAPA NAK DULU LA


ZAMAN SEKARANG


2 comments:

  1. Sekarng dengan dulu dah jauh beza. :)

    Tengoklah sekarang, dulu orang2 tua tak main dengan tenet. Orang2 tua sekarang, dah pandai dah. Maju2. >.<

    ReplyDelete
  2. yup..betol...
    sekarang ni zaman celik IT..

    ReplyDelete