Saturday, October 27, 2012

Kepulangan Yang Dimesti


Sekejapnya cuti.. Dah kena balik kolej semula.
Hari Khamis tiba dirumah, Sabtu malam gerak kembali ke Kedah..
Sungguh..perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan.
Walhal, aku hanya duduk bersandar.
Tapi, kematu jua punggung, akibat sejuk yang melampau.

Kesejukan itu menemani lena ku.
Tatkala, hentian menjadi pilihan, dan tika itu aku perlu turun kerana bladder minta
dikosongkan..
Perut juga menyanyi-nyanyi riang minta diisi..
Burger spare menjadi santapan di awal pagi itu..

itulah kisah Si Pengembara..
Pulang ke selatan dan kembali semula ke utara,
itulah perjalanan yang dimestikan.

Sabar la Si Pengembara.
Pergimu untuk menuntut ilmu.
Pulangmu nanti untuk berbakti.
Moga-moga, kau tidak menjadi seperti mereka
diluar sana.
Dikutuk berkilo kerana perkhidmatan tidak memuaskan.
Itulah manusia.
Berjanji tapi tidak ditepati.
" Kami Sedia Membantu".

Perjalanan malam ini sama seperti malam sebelumnya..
Mudah-mudahan aku selamat sampai ke destinasi.
KJMK, wait for me ya.. ^_^...


No comments:

Post a Comment