Wednesday, March 30, 2011

Impian tak kesampaian

Citer ni bermula selepas aku dapat panggilan daripada Pn Hidayah.. ( orang HR kat Hospital Pakar Puteri)..
Aku dapat call pada 21 Mac 2011..pukul...hm..xmain la pukul-pukul. sakit tau..hehehe.. i've got the call around 2 pm. Baru je nak melabuhkan tirai, untuk menamatkan keletihan hidup lepas buat kerja-kerja di rumah.. (kacau line je). Dalam angan dan sedar, aku jawab la tepon. Perbualan bermula dan berakhir tak lama pastu. (perbualan tak direkodkan. so, tak masok dalam ni).hehehe...Free Avatars.. Pastu, aku tunggu la mak aku balik petang tu. Bincang punya bincang punya bincang.. Esoknya pegi dorang hantar kan. Yela jao tu..

22 Mac 2011, at 11 o'clock kitorang gerak g ke Hospital pakar Puteri. Dalam perjalanan yang 'jao'tu, sempat g snap pic.. hehehe...

Dipendekkan citer, kol 2.30 bermula sesi intebiu. Aku orang first tu. Dan dipendekkan citer, di akhir perbualan or sesi intebiu tu.. Berkatalah Si Penemuduga tersebut.." Maaf Nursyafiqah, awak tak diterima. Bagi kami, lebih baik awak tunggu panggilan universiti dulu. Keputusan STPM awk elok. Awak pandai. Awak ada peluang untuk sambung belajar. Sebab kami nak yang permanent". Hati ku berkata, " xpelah". Bila dah penemuduga cakap macam tu, aku hanya mampu tersenyum. Takkan aku nak menangis lak walaupun aku rasa keciwa cangat.. Hati aku je yang menangis.Sad Smileys..
Keluar je dari bilik HR, aku jumpa mak aku. Masih boleh tersenyum dan mengatakan,aku tak dapat kerja tu. Ha, untuk makluman semua, kerja yang aku mohon ni Clinic Assistant. Kata my mom, dah xdapat nak buat macam mana. Takpe la. 
Actually aku kesian kat parents aku. susah susah hantar aku, jauh-jauh hantar aku ke Larkin Utama Condominium tu, tetibe jek aku tak dapat. Memang la dorang tak tunjuk, tapi sendiri fikir la kan. Takde rezeki nak buat macam mana kan.. Redha je la.

Tapi, walau macam mana keciwa hatiku, aku sempat snap pic...Free Smileys

Nampak sedih ke??

Well,ini la CHERITaku..


2 comments: